Cara Backup Template Blogspot

As-Salam. Apabila menukar template yang baru, perkara yang harus diambil perhatian ialah salinan kod HTML atau backup kepada kod-kod lama. Ia penting supaya apa-apa yang berlaku semasa proses nak ubah template, perletakan kod tertentu dalam HTML blog dapat ditangani dengan mudah.

Cara nak backup template blogspot anda sangat mudah. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan template yang berfungsi elok disimpan dalam komputer milik anda.

Cara Backup Blogspot

Untuk backup blog anda, perlu ke dashboard, bahagian Template. Sebelah atas ada butang Backup/Restore. Klik butang tersebut.
 Bila klik paparan di bawah akan keluar, klik butang Download full template.

Kemudian, satu paparan di bawah akan muncul. Pilihlah opsyen Save File dan klik OK. Dah siap, template blogspot anda sudah ada dalam simpanan di komputer anda. Jika berlaku apa-apa, maka bolehlah anda muat naik kembali.

Hmm ... buat blogger berpengalaman, mungkin dah tak jadi satu masalah. Cuma nak ingatkan sahaja, selalu juga berlaku di mana ada blogger terlupa nak backup template blogspot. Apabila tetiba terusik HTML blog dan layout blog jadi kacau bilau .. mulalah gelabah. :) Jangan jadi seperti saya, sampai kena buat balik dari A sampai Z ... sehari suntuk ooo ....

Dah. Buat blogger baru, selamat mencuba.

4 comments.. read them below or add one

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy August 06, 2013
salam ramadhan HH..kekadang terlupa jugak nak backup...thanks for tuto nie
PakcikLie PCL PakcikLie PCL August 06, 2013
kalau HH sehari suntuk, pcl mau berhari2 ...penin kepala ...tp tu dulu dan sampai sekarang ni pon masih merangkak lg dgn HTML..up sikit dari zero sblmnya.
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid August 06, 2013
hihi.. tak berani nak usik dah... redha dengan yang sedia ada...
MY@R MY@R August 08, 2013
Tips yang berguna kepada semua blogger baru..tetapi elok sekiranya blogger baru belajar juga dengan jodding html atau php.sekurang-kurangnya membantu dalam duna blog..www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.