Beli Online Pinggan Mangkuk Produk Kulit Haram

As-Salam. Haa.... ini ingatan buat mereka beragama Islam yang memang gila shopping online. Berhati-hatilah supaya jangan tersilap dan tersalah. Apa yang silap? Apa yang salah? Awas, jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin akan berakhir membeli sesuatu produk yang mengandungi unsur haram.

Barangan online memang terkenal dengan pelbagai diskaun dan harga yang murah. Ia mampu mengumpan pengguna untuk membeli on the spot, tanpa fikir panjang. Sebagai pengguna, seharusnya sikap berhati-hati membeli terutama produk online perlu dipraktikkan.
Produk haram dijual secara online

Awas, anda mungkin membeli produk pinggan mangkuk mahupun produk kulit yang mengandungi unsur haram. Contohnya produk pinggan mangkuk, anda mungkin diperdaya dengan harga jualan yang murah - tanpa mengetahui bahawa produk itu dibuat daripada tulang haiwan. Begitu juga dengan produk kulit, anda mungkin akan terbeli produk daripada kulit babi.

Beli Online Pinggan Mangkuk Produk Kulit Haram

KUALA LUMPUR: Pengguna Islam dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli barangan kulit dan pinggan mangkuk secara 'online' atau dalam talian kerana dikhuatiri mengandungi unsur haram.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pembelian melalui Internet boleh menimbulkan kekeliruan kerana gambar yang tidak jelas. "Sedangkan pembelian di kedai pun masyarakat boleh tersilap pilih, apa lagi sekadar melihat gambar di Internet. Contohnya, kalau dulu ada tanda tiga titik pada barangan kulit, kita tahu ia diperbuat daripada kulit babi.

"Tetapi dengan teknologi moden masa kini, walaupun tidak mempunyai tanda tiga titik, ia tidak semestinya tidak diperbuat daripada kulit babi," katanya kepada BERNAMA.

Di samping itu Nadzim berkata, perkakasan dapur khususnya pinggan mangkuk juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakan yang dibuat di luar negara berkemungkinan mengandungi campuran tulang. "Bukan hanya sumber daripada babi itu haram tetapi pinggan yang mengandungi campuran tulang lembu juga haram sekiranya lembu itu tidak disembelih," katanya. - BERNAMA

Teknologi boleh digunakan dengan dua cara. Satu ke arah kebaikan, satu ke arah yang kurang baik. Penipuan boleh dengan senangnya dilakukan menerusi laman maya. Penjualan barangan secara online memang mudah, kerana anda tidak perlukan sebuah kedai, malah ada masa, anda tidak perlu pun menyimpan stok produk.

Maka, hati-hatilah dengan online shopping. Bukan tidak digalakkan membeli, cuma anda perlu ada lebih sikap berhati-hati memandangkan anda tidak dapat melihat dengan jelas dan teliti produk yang diniagakan.

Sebagai salah satu tips buat anda. Belilah produk yang ada jaminan tertentu. Lebih baik lagi, beli produk online dari laman-laman web yang paparkan nama syarikat jelas dan betul. Pastikan dahulu kewujudan syarikat tersebut, dan juga daftar niaga mereka.

Jangan terbeli online pinggan mangkuk atau produk kulit dari sumber haram.

2 comments.. read them below or add one

.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. August 14, 2013
barang2 senang pecah mcm tu baik beli kat kedai je
MY@R MY@R August 15, 2013
selidik dahulu barang tersebut dan cuba baca testimoni untuk mendapat kesahihan..Seeloknya kaji dan siasat dahulu la..www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.