03 Ogos 2013

Aku Benci Blogger Malaysia

As-Salam. Ahh sudah, jangan sampai anda dibenci kerana menulis sesuatu di blog. Jadilah penulis yang disayangi oleh orang ramai, terutama pengunjung dan pembaca blog anda. Tak susah mana, apa yang perlu dibuat ialah menjadi diri sendiri yang lebih penyanyang dan sensitif. Tak mahulah ada nanti yang mengatakan "Aku benci blogger Malaysia".

Teringat lagu REM - Jangan Ada Benci. Maka begitulah halnya dalam dunia blog Malaysia. Bukan setakat sesama blogger, tetapi juga hubungan antara blogger dengan pengunjung blog, lebih-lebih lagi dengan pembaca setia blog. Tak dilupa, hubungan blogger dengan dunia luar.

Dalam cuba menjadi blogger satu profesion yang dihormati, perlu sesama blogger menerapkan budaya pengisian entri blog yang baik dan bermanfaat. Kredibiliti perlu dibina agar apa yang kita cerita dalam blog akan dipercayai dan diiktiraf. Tak perlu buat entri tipu bohong. Tulis dengan pengalaman dan ilmu yang telah anda dapat, kongsikan menerusi blog anda, in Sha Allah, akan ada ramai yang menghargai.

Aku benci blogger Malaysia takkan berlaku kalau kita sebagai blogger ada rasa tanggungjawab yang tinggi. Kita seharusnya tahu apa yang perlu, tidak perlu, harus, haram dan wajib kita sebarkan menerusi blog. Bukan semua informasi itu baik untuk sampai ke pengetahuan orang ramai.

Bila kita dapat menjadikan dunia blogger telus, bertanggungjawab dan berinformasi bermanfaat - bukan setakat entri trafik murahan atau cerita panas gossip singkap keburukan; in Sha Allah .... blogger itu boleh menjadi satu kerjaya yang dihormati, dan dipandang orang ramai.

Tukar- Aku respek blogger Malaysia.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

16 Komen

sokong entry di atas..penambahan sedikit, pastikan blog itu juga mesra pengunjung,

betul tu!!!!! setuju!!! ingat senang nak jadi blogger ni... huaaaaaaaa

saya setuju & sokong entry tuan. cuma nak buat pembetulan sikit..rasanya lagu Jangan Ada Benci tu nyanyian Casey kann.. ;)

setuju sangat...jadi blogger terpuji bukan terkeji

Sokong sangat....daripada newbie

Hidup Blogger Malaysia HH..wah semangat tiba-tiba..nway jangan benci-membenci supportlah each other k..

Assalammualikum...HH,

ingat benci blogger mselim3 tadi tu yg cepat2 terjah.....hehheheh, mselim3 dgn blogger lain ok...kena mesra alam baru orang suka...hehehe dunia blog malaysia nie kecik aje...jangan gaduh2.... jauhkan pergaduhan dan tingkatkan ukhuwah sessama kita...

mselim3

pls: bulat air kerana pembentung...bulat HH kerana ramah orang nyer...hehee

hehe..tergelak baca jwpn syuhada
teringat kat casey

Benci bilang cinta cuba teka lagu sape haha

saya setuju dengan entri ni tapi sayang ada juga yg suka menulis sesuatu yg membangkitkan kebencian orang

Setuju dengan apa yang tuan katakan.

Jadilah blogger yg berilmu dan beradab.. Mna2 profession pun klu berilmu dan beradab org akan snjung...


EmoticonEmoticon