As-Salam. Ramai rakan blogger yang hebat dan mempunyai Google Pagerank (PR) yang baik mengakui bahawa salah satu cara untuk tingkatkan PR blog adalah dengan membuat backlinks atau mendapatkan backlink daripada blog-blog yang ada PR yang lebih baik daripada blog kita.

Ada satu teknik yang telah HH belajar iaitu cara yang sepatutnya digunakan untuk tingkatkan PR blog iaitu tingkatkan PR guna backlinks berdasarkan entri berkaitan dan menggunakan komen. Hmm .. agak blur? Ok .. HH akan cuba terangkan agar nampak jelas.

Teknik Tingkatkan PR Guna Backlinks dan Komen

Pertama sekali, anda buatlah apa-apa entri yang patut anda tulis berdasarkan kata kunci tertentu yang  telah anda tetapkan. Masukkan kata kunci tersebut di dalam Search Description entri yang boleh anda dapati di sebelah kiri editor entri blog anda. Kemudian, anda guna Google Search cari menggunakan kata kunci yang telah anda tetapkan tersebut. Apabila dah dapat, klik pada blog-blog yang ada PR tinggi untuk dapatkan link atau url entri dengan kata kunci tersebut.

Kemudian, olah balik entri yang telah anda buat tadi, dan cuba masukkan link url blog yang telah anda jumpa tersebut. Masukkan paling kurang 2 atau 3 backlinks ke blog-blog yang punyai kata kunci yang sama tadi.

Terbitkan entri anda. Selepas itu, anda perlu pergi ke blog-blog tadi, yang telah anda masukkan backlinks ke blog mereka, dan tinggalkan komen yang bernas mengenai topik yang sama. Pastikan kata kunci anda berada di dalam komen tersebut. Sebagai petua tambahan, lebih baik anda mencari blog PR tinggi yang ada sistem komen yang boleh meninggalkan entri terbaru anda.

Untuk periksa Google Pagerank blog tersebut, anda boleh ke pautan ini - Google Pagerank Check

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun baru tahu..kena cuba ni

    BalasPadam
  2. Blogger baru mcm sy mmg memerlukan tips HH ni...thanks!

    BalasPadam
  3. Semoga dapat memberikan manfaat yang baik untuk anda dan blog. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog ini.

    BalasPadam
  4. Cuba.... tak salah kita mencuba ..

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk info ini

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dari Aminin [dot] My

    Terima kasih HH... Saya masih belajar dan masih lagi belajar mengenai SEO dan PR.. artikel disini banyak bantu saya dari masa ke semasa.

    BalasPadam
  7. banyak manfaat untuk blogger baru

    BalasPadam
  8. info yg sangat bagus. akan cuba dipraktikkan sebaiknya.

    BalasPadam
  9. Thanks tuan hasrul tutorial yg membantu...bacaan yang menambah ilmu dalam dunia berblogging..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement