As-Salam. Dulu, HH pernah kena tegur kerana ada link atau permalink tidak nampak kelihatan atau ketara dalam entri. Yelah, guna warna sama dengan warna teks biasa. Apabila warna sama ni, maka agak sukarlah untuk memperlihatkan akan sesuatu pautan jika ada.
Permalink Perlu Warna Berbeza
Permalink perlu warna berbeza sebagai salah satu bentuk daya tarikan bagi pengunjung klik pautan tersebut. Perbezaan warna ini perlu bagi highlight pautan tersebut dengan lebih baik. Ia perlu tampil jelas supaya pengunjung tahu ia merupakan pautan kepada sesuatu.
Penggunaan warna permalink ini perlu sesuai juga. Anda tidak boleh memilih warna yang terlalu kontras sehingga menampakkan kandungan entri anda nampak serabut. Ia juga akan menjadikan entri lebih semak andai terlalu banyak permalink disertakan.
Warna yang sesuai sepatutnya adalah dalam tona warna yang lebih kurang sama. Contohnya, teks berwarna hitam, permalink boleh digunakan warna kelabu asap, biru gelap, hijau gelap, merah gelap atau warna jingga.
Namun begitu, anda boleh sahaja sesuaikan dengan tona warna yang ada di dalam blog anda. Contohnya, HH gunakan warna biru muda untuk permalink atau url pautan. Ia sesuai dengan warna header blog ini dan menjadikan ia satu maskot warna untuk blog ini.
Cara Ubah Warna Permalink Dengan HTML
Untuk ubah warna permalink blog anda, boleh buka html blog anda dan cari a:link dalam ruangan CSS html blog. Contoh seperti berikut:
/*---:[ Default Link Style ]:---*/
a:link {
color:WARNA LINK ANDA;
text-decoration:none;
}
Anda boleh tukarkan menjadi seperti ini:
/*---:[ Default Link Style ]:---*/
a:link {
color:#efefef;
text-decoration:underline;
}
Mungkin anda nak buat permalink nampak lebih bergaya sakan, boleh je buat efek tertentu seperti contoh berikut:
/*---:[ Default Link Style : After click ]:---*/
a:visited {
color:WARNA LINK SELEPAS KLIK;text-decoration:none;
}
atau begini:
/*---:[ Default Link Style : Cosur ]:---*/
a:hover {
color:WARNA LINK APABILA KURSOR LALU;
text-decoration:underline;
}
Ok. Semoga panduan ini bermanfaat dan boleh menjadikan entri tampil lebih menarik.







mantap tutorialnya bro.
16 Februari, 2013 23:05
thanks bro for the info......
16 Februari, 2013 23:19
link pautan saya warna hijau HH tp tulisa warna kelabu..ok kan?
16 Februari, 2013 23:20
nice info for blogger..
16 Februari, 2013 23:34
Satu nasihat yang baik bro
16 Februari, 2013 23:35
tak mnyesal sy senaraikan blog ni antara 10 blogger terbaik malaysia! leh jd panduan ni..terbaik
16 Februari, 2013 23:48
Assalamualaikum hh....info menarik ni...
16 Februari, 2013 23:54
rupanya banyak benda yang tak tahu lagi ni.. thanx bro utk info ni..
19 Februari, 2013 09:10
Catat Ulasan