As-Salam. Apakah itu kod QR? Apa yang dimaksudkan dengan singkatan QR ini? QR merupakan singkatan kepada Quick Response. Ia merupakan satu kod 2 dimensi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun pada tahun 1994 iaitu Denso Wave. Kod ini merupakan kod generasi terbaru yang menggantikan kod bar.

QR ini lebih baik dari kod bar biasa kerana ia boleh menyimpan lebih banyak maklumat. Keupayaan ini adalah disebabkan kod QR boleh menyimpan maklumat secara menegak dan mendatar. Tentu anda pernah lihat kod ini yang kini semakin banyak digunakan pada produk, barangan, akhbar, malajah, media elektronik malah pada blog sendiri.

Anda boleh dapatkan kod QR ini dalam dasboard blog anda, dan boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk promosikan blog anda. Sebagai contoh, anda boleh letakkan kod QR ini pada kad nama anda, sebagai salah satu kaedah lain untuk mempromosikan blog anda secara fizikal.

Keunikan kod QR ini yang terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih adalah kerana ia merupakan piawai ISO yang digunapakai seluruh dunia. Ini bermakna, anda punyai akses yang tersangat luas unuk kembangkan blog anda melalui kod QR ini. Dan paling menarik ialah, anda tidak perlu memohon sebarang lesen pun untuk mempunyai kod QR anda sendiri.

Kod QR (Quick Reference) Blog

Kod QR untuk blog digunakan sebagai satu bentuk imbasan bagi membolehkan blog anda dicapai menerusi pengimbas tertentu. Ia akan memaparkan blog anda dalam bentuk mudah-alih kerana kebanyakkan pengimbas adalah mudah alih. Pengimbas ini pula boleh dengan sangat mudahnya anda muat turun dari internet, seandainya anda pengguna telefon pintar mudah alih (berapa banyak kena alih daaa ... )

Untuk mendapatkan kod QR blog anda, sila ke dashboard, bahagian template, dan klik mobile setting yang tersedia. Ia akan keluar seperti ini:

Kod QR untuk Blog

Anda boleh memilih template yang sesuai untuk paparan secara mobile blog anda menggunakan kod QR ini. Dan anda boleh save as kod QR yang telah tersedia samada untuk diletakkan di dalam blog anda, atau nak letak di kad nama anda (jika ada). Boleh saja anda simpan sebagai gambar atau wallpaper di telefon mudah alih canggih anda .. huhuhuhu....

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement