As-Salam. Apakah ciri-ciri sebuah blog popular? Ramai blogger ada definasi sendiri, termasuklah blogger-blogger yang baru berjinak dalam dunia blog. Masing-masing ada perspektif sendiri berdasarkan pengalaman mereka. Tapi, apakah sebenar ciri-ciri sebuah blog yang benar-benar popular ini?

Bagi HH, sebuah blog popular ini memang sukar untuk didefinasikan, memandangkan pendapat HH dengan pendapat anda mungkin berbeza mengenai cirian sebuah blog popular. Kadangkala, ada blog yang nampak popular, tetapi sebenarnya tidak.

Blog yang benar-benar popular mesti cangkupi penjenamaan bukan sahaja dalam dunia blog, tetapi dalam dunia berita, dalam dunia informasi, dalam media massa arus perdana dan juga dunia yang di luar dari kotak definasi dunia blog Malaysia.

Jumlah pengikut atau follower terutama dalam blog yang berplatform blogspot tidak boleh seratus peratus dijadikan kayu pengukur untuk dinobat blog popular. Begitu juga dalam beberapa pertandingan SEO yang dibuat oleh blogger sendiri. Malah, kalau ada sesebuah organisasi yang menjalankan pencarian blog popular sekalipun, ia belum tentu boleh dikatakan sebagai blog yang benar-benar popular.

Blog popular dengan melihat pada jumlah komen ...hmm kadangkala yang komen pun orang yang sama je ... maka, terang-terang HH ketepikan melihat jumlah komen dalam entri sebagai pilihan untuk blog popular.

Blog popular adalah blog yang selalu dapat pengiklanan? Hmm ada juga blog yang tidak berapa diketahui selalu dapat iklan BE dan ada yang dapat Advertorial, malah blog-blog ini trafik pun tak cecah puluh ribu pun, dan tidak ada puluh ribu pengikut. Popularkah sesebuah blog kalau banyak pengiklan mahu berikan dengan blog ini?

Blog selalu disebut oleh blogger lain? Hmm takat dikenali dalam dunia blog je .. di luar? Sebut .. orang lain akan nganga je. 

Nak tahu blog yang benar-benar popular? ... cuba anda sebutkan nama sesebuah blog itu kepada seorang wartawan yang melaporkan berita ... andai dia tahu ... maka HH boleh katakan blog itu popular...hehehhee... 

*p.s: Sah-sah blog HH tak popular




11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehe.. kalau diorang tu ada blog atau laman web tersendiri mesti kenal siapa hh.. Bukan setakat popular tetapi menjadi guru kepada kami yang baru berjinak dalam dunia blog ^_^

    BalasPadam
  2. Setiap org ada pandangan definasi yg berbeza :)

    BalasPadam
  3. @facebook-100002298408004:disqus .. miss u lah ...

    BalasPadam
  4. Harapnya begitulah ... tapi alangkah lebih baik jika mereka ingat apa yang HH sampaikan dalam blog .. :) syukran ...

    BalasPadam
  5. yup...terpulang pd msing2 menilai blog mcm mne yg pemes....tp yg pnting, msing2 ade klbihan sndri kan....


    **blog HH nih pemes la... :)

    BalasPadam
  6. blog paling populor blog gosip eheheheee

    BalasPadam
  7. Hmm macam blog @dknaabza:disqus la ehh .. :P

    BalasPadam
  8. Errrr adakah blog ini femes? ohh tidak kot .. apapun terima kasih kerana @google-5bdbeadafebb13a03c96bcf229f3ddf0:disqus anggap macam tu

    BalasPadam
  9. pandangan pasal blog popular nie adalah berbeza kan.....kalu rasa diri popular ok lah huhuh...(gurau aje)....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement