As-Salam. Kali ini, HH ingin berkongsi satu ilmu mengenai SEO (Search Engine Optimization). Mungkin ada di antara kita tak begitu prihatin, namun untuk pengetahuan, SEO penting bagi membolehkan sesebuah blog menerima trafik organik bagi mengukuhkan jenama dan juga kredibilitinya. Untuk tips SEO blogspot, HH akan ceritakan mengenaikan pengulangan kata kunci dalam entri.

Elak Ulang Kata Kunci Keterlaluan


Tips SEO Blogspot - Elak Ulang Kata Kunci Dalam Tajuk Entri


Elak pengulangan kata kunci secara keterlaluan apabila anda menulis entri baru. Ramai blogger yang tidak sedar, pengulangan yang sangat ketara akan menyebabkan enjin carian mengklasifikasikan entri anda itu sebagai sebuah entri atau blog yang hanya bermain kata kunci (keyword stuffed). Blog yang terlalu banyak kata kunci sebenarnya tidak baik secara jangka panjang kerana lama kelamaan ia akan dianggap sebagai sebuah blog yang diumpama sebagai sebuah blog spam.

Apatah lagi seandainya anda menggunakan kata kunci itu berulang kali di dalam tajuk entri. Contohnya; Harimau Malaya | Gajah Putih Bakal dikuningkan Harimau Malaya, Harimau Malaya Bakal Mengaum. Lebih baik anda menggunakan tajuk seperti ini; Harimau Malaya Kuningkan Gajah Putih.

Bukan tidak boleh anda ulang penggunaan kata kunci dalam tajuk dan di dalam entri anda, tetapi biar nampak natural dan bukan nampak seperti anda dahagakan klik atau trafik dari enjin carian untuk kata kunci Harimau Malaya seperti contoh di atas tadi.

Harap rakan blogger faham, dan elakkan penggunaan pengulangan kata kunci secara berlebihan di dalam menulis entri untuk mendapatkan trafik menerusi enjin carian. Tips SEO blogspot kali ini mudah, dan HH pasti ramai boleh praktikkan di dalam blog, In Sha Allah.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hanya 4.2% dibenar utk pengulangan kata kunci :)

    BalasPadam
  2. owh.. banyak sanagt pon tak bleh yer.. nice share...

    BalasPadam
  3. Aku terlepas pandang benda ni..yekkk
    Thanks bro

    BalasPadam
  4. Hmm ramai yang begini termasuklah HH sendiri.

    BalasPadam
  5. Tak boleh ... nanti kena penalti .. lansung tak masuk dalam enjin carian .. buang karan je

    BalasPadam
  6. Wahhh satu fakta yang sangat menarik ... :) telah share di FB dan Twitter..

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum...bro HH,

    menarik entry nie tgh mencari2 berjumpa jua akhirnya...

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement