Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam. Hari ini merupakan hari terakhir Ramadan untuk tahun ini - 1433H. Esok, 19 Ogos 2012 merupakan 1 Syawal bagi umat Islam di Malaysia. Ia merupakan hari kemenangan setelah sebulan menempuh ibadah puasa dengan sabar dan taqwa.
Di Malaysia, keghairahan menyambutnya telah bermula pada hari pertama
Ramadan lagi. Malah dari hari ke sehari, umat Islam seolah-oleh tidak
sabar-sabar menunggu kehadiran Hari Raya Aidilfitri, dan bagi sesetengah, mereka lebih ghairah untuk hadapi Syawal dari menghadapi hari2 di dalam bulan Ramadan.
Dan acapkali kita lihat, golongan dewasa sibuk memastikan sambutan raya
kali ini adalah yang paling meriah berbanding tahun sebelumnya. Golongan
remaja pula sibuk memastikan hari raya nanti terisi dengan
aktiviti-aktiviti bersama teman-teman. Manakala, anak-anak kecil asyik
menagih pakaian dan kasut baru serta memikirkan agenda mengutip duit
raya terbanyak.
Daripada senario yang berlaku pada setiap kali hari raya Aidilfitri
di Malaysia, ia menunjukkan bahawa masyarakat Islam kita begitu
meraikannya dalam suasana yang penuh kegembiraan.
Namun, apa yang menjadi persoalannya adakah kegembiraan meraikan hari
kemenangan itu disambut sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam.
Ikuti kupasan oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz- Hormati 1 Syawal (klik)
Dan HH nak kongsi pendapatnya ini:
Dibimbangi akan kembali seperti bagaimana orang Yahudi menyambutnya iaitu menerusi dua perayaan mereka iaitu Nairus dan Mahrajan. Ia seolah-olahnya pada hari kemenangan tersebut kita seperti berpesta. Contohnya paling mudah apa yang dihidangkan oleh stesen televisyen, radio dan panggung wayang.






Post a Comment