As-Salam.
Jika anda, sebagai seorang blogger mahu menjadikan blog anda mendapat trafik hebat setiap hari, maka cuba buat blog-blog genre sebegini - yang akan HH tampilkan kejap lagi. Memang tak boleh nak lawan la, setiap kali HH jenguk blog-blog begini, memang kagum dengan jumlah pageviews, jumlah klik yang ada, walaupun di ruangan followers tak sebegitu ramai.

Yang menariknya, ada blog-blog ini yang baru sahaja berusia setengah tahun, tapi dah boleh capai sehingga 4 juta pageviews .... perghh memang hebat.

Ok. Nak blog anda dapat 4 juta pageviews tak? Cubalah buat blog genre begini:

Blog Politik
Tak kiralah blog tu sebagai tanda sokongan pada kerajaan, atau anti kerajaan, atau pro pembangkang atau pro kerajaan, pasti akan ada trafik ... apalagi jika bijak mengolah cerita dan isu. Lebih menarik jika ada gambar ...perghhh memang teruja. Sekali masuk, anda akan terberada lama dalam blog tu, jadi jangan terkejut jika bila masuk blog politik, ada sampai ratusan yang online serentak di blog tersebut.

Blog Gossip
Cerita artis memang cerita sensasi, semua orang nak tahu, dan target audience atau pembaca blog begini adalah remaja. Jika bijak, memang boleh buat duit dengan kunjungan mereka ini, sebab selalunya yang suka baca gossip ni, agak tak kesah kalau nak klik pada iklan atau sebarang link yang ada nama artis .. apatah lagi jika ada gambar.

Blog Berita
Boleh HH kata, ia seperti menggabungkan unsur-unsur di atas, maka trafik akan masuk bagai air mengalir ..kedip tak abis-abis .... ada cerita gossip, ada berita politik .. semua masuk, semua diterbitkan. Mereka yang dahagakan kisah-kisah tersebut pasti akan berkunjung ke blog sebegini.

HH dah mencuba ketiga-tiga sebagai salah satu entri di blog, memang menakjubkan sungguh ... boleh dapat ribuan trafik untuk satu entri mengenai politik, boleh dapat ribuan pageviews untuk kisah artis sensasi, dan pasti akan dapat trafik untuk kisah-kisah berita yang disiarkan di akhbar ... tambah-tambah lagi jika ada gambar diselitkan.


Kesimpulannya, rakyat Malaysia sukakan ketiga benda yang HH sebutkan di atas, politik, gossip dan berita....


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement