As-Salam.
Ada kawan HH berkata, setakat buat blog guna hosting percuma ..... itu bukan blogger, itu cuma penulis diari biasa .... macam tulis status kat FB atau MySpace je ...cuma tulisan dan luahan boleh berjela-jela...itu je.

Kata merekalah. Iyelah, siapa tak tahu akan kehebatan blog yang guna platform wordpress, memang terkenal dengan penangan SEO (Search Engine Optimization), sekali posting akan dapat ratusan trafik jika kena gaya.

Dan wordpress nampak lebih kemas dan profesional.

Yang guna blogspot ni, setakat seronok-seronok dan suka-suka, bukan kategori blogger yang serius dengan dunia blog - yang mampu memperoleh penajaan ribuan ringgit, yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sehingga ramai pak menteri pun nak buat blog.

Tapi, andai nak jadi blogger serius dan hebat, kenalah bermula dengan sesuatu yang mudah, macam blogspot ini. Walaupun ia percuma, ramai yang suka guna kerana ia mudah nak dikendalikan. 

Bila dah cekap dan mahir dengan blogspot, dah ada pengetahuan, dah ada ramai follower dan pembaca setia, bolehlah upgrade sedikit, dapatkan domain sendiri.... dan kemudian hosting sendiri dengan penggunaan platform wordpress yang sangat disukai enjin carian.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kena ada domain sendiri la ye..insyaAllah

    BalasPadam
  2. haha, susah... blogspot dan wordpress amat berbeza. trust me

    BalasPadam
  3. tringin gak nak ada domain sendiri...

    BalasPadam
  4. pheww , teringin nak ada domain sendiri tapi ilmu pun x cukup lagi pasal benda2 nih , arghh , biar lar dulu , hehe ,

    BalasPadam
  5. stakat ni blum mampu lg utk ader domain sndri..so guna la ape2 yg ader dulu :-) kalo esok2 dh mampu, maybe blh la consider utk tukar...

    BalasPadam
  6. setakat ni..guna yg mana ada dulu..nanti baru upgrade sikit2..:D

    BalasPadam
  7. betul awak cakap semua bermula dgn yg mudah dulu

    BalasPadam
  8. Bro. aku bersetuju dgn hal ini dan ini sedikit respons aku berkenaan topik ini:

    http://www.faizalnizam.com/2012/04/whos-serious-bloggers.html

    BalasPadam
  9. kenapa! guna platform Blogspot tak bagus ke :)

    BalasPadam
  10. @Cinta Imaginasi Benda percuma ... adakah ia akan terus jadi percuma? Lihat sahajalah dengan Shoutbx ....:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement