Thursday, 9 February 2012

Hijabista | Satu Trend Atau Tuntutan Syarak?

10 reaksi dan komen
As-Salam.
Tertarik sebenarnya dengan isu Hijabista, iaitu trend pemakaian para wanita yang berhijab mengikut fesyen barat. Hijabista muncul setelah fesyen berhijab mengalami transmorfasi serba moden yang dipengaruhi oleh jenama, meniru kata gaya Fashionista yang digunakan dalam dunia fesyen barat untuk gaya kelas atasan.

Hijabista menjadi satu fenomena apabila semakin ramai muslimah muncul dengan fesyen kelas tersendiri, yang diangkat menerusi penampilan di majalah, di dalam blog malah ada sahaja video berkaitan pemakaian tudung yang berfesyen di laman YouTube.

Apa itu gaya Hijabista? Contoh paling mudah ialah gaya pemakaian yang merangkumi fesyen moden, iaitu mengenakan seluar jeans dengan baju polos berjenama tertentu, di samping fesyen bertudung dengan pelbagai gaya dan warna. Ditambah pula dengan kepelbagaian aksesori seperti pin, klip, talipinggang, beg tangan dan sebagainya. Ia boleh dikatakan fesyen bertudung dengan jenama atau penampilan yang tampak eksklusif.

Fesyen bertudung menjadi satu aliran tersendiri dalam dunia fesyen masakini di mana ramai pereka hebat dunia mula menonjolkan fesyen bertudung dengan cara tersendiri, dengan megatakan ia adalah pakaian ideal buat muslimah masakini. Lalu mengatakan ia pakaian yang mengikut syarak kerana menutup aurat.

Dan menariknya, ada beberapa kajian telah dilakukan kepada golongan Hijabista ini di Jordan, Iran, Amerika, Turki malah di Malaysia serta Indonesia menyimpulkan bahawa tudung tidak lagi berfungsi sebagai penutup aurat iaitu rambut tetapi lebih kepada menggantikan rambut. Rambut yang dianggap sebagai mahkota wanita kini ditampilkan dengan tudung sebagai mahkota wanita.

Cuba renungkan hadis berikut, yang bermaksud, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
"Ada 2 golongan manusia daripada golongan ahli neraka yang tidak sempat melihat mereka: Golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan golongan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, bergaya dan menggoda, kepala-kepala mereka seperti banggol unta yang senget" (H.R Muslim)

10 comments

09 February, 2012 19:44

betul la tu..sekarang klip rambut pun blh jadi aksesori tudung..kelakar je tengok...

09 February, 2012 20:43

erm..
fesyen semata...

09 February, 2012 23:47

kalau nak berfesyen pon, biarlah yang menepati syarak..

ada buat tq entri menang ga aritu..
http://www.ceritaindahkami.com/2012/02/double-lucky-dapat-fm-kebaya.html

10 February, 2012 00:55

jarum halus setan dan barat menerusi fesyen..

10 February, 2012 01:27

Aku dah cuba bincangkan di entri nie.....

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/05/tudung-fesyen-atau-ikut-seruan-agama.html

10 February, 2012 06:15

alhmdulillah,syaa xreti berfesyen2 ni.biarlah dikatakan kuno drpd ikut fesyen skg yg tahpape!

10 February, 2012 07:13

niat tidak akan sesekali dpt menghalalkan cara

11 February, 2012 03:04

fesyen dan trend tu ikut waktu. syariat adalah sepjg masa dan tak terbatas utk satu2 tempoh shj.

15 February, 2012 10:39

Syariat didahulukan, fesyen kemudian ... :)

16 February, 2012 18:06

Ramai perempuan pakai tudung sebab fesyen~

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget