Tuesday, 28 February 2012

20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan

4 reaksi dan komen
As-Salam.
Siapa sini penjual ubat? Hmm HH tahu ada pembaca tetap blog ini merupakan tukang urut tetapi penjual ubat tu ..hmm tak tahulah ... tapi rasanya ramai kot yang pernah mencuba ubat-ubat yang dijual di kaki lima, termasuklah kosmetik.

Kesihatan, sememangnya satu aset yang tidak ternilai. Dan oleh kerana itulah, ramai yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dek kerana faktor kesihatan ini. Semua orang mahu sihat, semua orang mahu cantik ... maka, dengan potensi yang ada .... ramai peniaga, penjual, pengeluar .... yang menghasilkan pelbagai jenis ubat dan juga produk kesihatan, cuba memperdaya pengguna dengan pelbagai jenis iklan, testimoni yang adakala agak meragukan. Persoalannya ialah sejauh mana produk-produk ini ... terbukti berkesan... dan adakah cara promosi mereka itu sah dan dibenarkan dari segi undang-undang?

20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan
  1. Penyakit kerosakan buah pinggang
  2. Penyakit kerosakan jantung
  3. Kencing manis
  4. Sawan
  5. Lumpuh
  6. Batuk Kering
  7. Asma/lelah
  8. Kusta
  9. Barah
  10. Pekak
  11. Ketagihan dadah
  12. Hernia
  13. Penyakit mata
  14. Tekanan darah tinggi
  15. Sakit mental
  16. Kemandulan
  17. Frigiditi
  18. Lemah fungsi seks
  19. Venerus
  20. Kelemahan urat saraf dan yang seumpamanya

Adalah menjadi kesalahan jika iklan tidak diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU). Salah mengiklan 20 jenis penyakit di atas di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Hukuman adalah RM3K atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

Sumber: Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

4 comments

28 February, 2012 11:05

info yg bgus.. heheh..
lama tak lawat blog HH

28 February, 2012 11:12

tapi ader je iklan2 tu skrg ni...

28 February, 2012 12:23

Ye ke? Ada je produk yang iklankan penyakit2 atas tu. Maksudnya dah lulus la kot kan?

28 February, 2012 15:02

Betultu! masa saya di sahkan kanser payudara.Macam2 ubat saya makan dan dijanjikan akan sembuh..

Saya biarkan penyakit saya selama 7 bulan ..(jangan jadi seperti saya)

Saya habiskan rm10000 hanya untuk ubat sebegitu akhirnya barah merebak ke tahap 3..Ubatnya saya tunjuk disinihttp://suarahatidanceritaku.blogspot.com/labek kanser...

Post a Comment

HASRULHASSAN.COM | Blog Perkongsian Informasi Dunia Maya

 

Get this Jquery Popup widget