29 November 2011

Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel? - Ada belajar sejarah ketamadunan Melayu tak masa di sekolah? Saya sebenarnya tak berapa nak ingat, sama ada dalam buku teks (ketika itu) ada diberitahu akan apa maksud Melayu.

Kalau mengikut beberapa pemahaman, Melayu juga disebut Mala atau juga Malai yang bermakna gunung. Makanya, Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim A.S?

Dan apabila dikaitkan dengan keturunan Nabi Ibrahim A.S, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Ada pula kajian yang mengatakan bahawa bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung ini berasal dari ibunda Keturah, isteri Nabi Ibrahim A.S.
Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

Kisah Melayu Dalam Kitab Perjanjian Lama Yahudi

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Bani Jawi

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Daripada beberapa kenyataan di atas dan mungkin ada yang lain - ternyata ada bukti walaupun tidak berapa kukuh bahawa bangsa Melayu ini sebenarnya juga merupakan cebisan bangsa Bani Israel.

Apa yang saya kongsikan ini merupakan sedikit pengenalan mengenai asal usul bangsa Melayu yang terkait dengan Bani Israel atau Bangsa Yahudi yang diceritakan di dalam Al Quran. Namun begitu, yang paling pasti, kita semua adalah asal dari 'bapa' yang sama iaitu Nabi Adam A.S. Kemungkinan itu ada seandainya terdapat bukti kukuh menyatakan salasilah bangsa Melayu dengan Bani Israel ada hubungkait.

Mungkinkah dengan keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu di nusantara ini menjadikan pihak Yahudi Zionis yang menegakkan negara Israel agak gentar dan takut dengan suara-suara dari kelompok Melayu di nusantara ini?

Mungkinkah juga, Yahudi Zionis Israel telah merancang sejak beradab lamanya bahawa bangsa Melayu perlu ditawan terlebih dahulu untuk menyekat kebangkitan Islam dan mengelakkan bangsa ini memimpin dunia dan memperlihatkan kekejaman oleh Yahudi Zionis Israel ini?

InsyaAllah, akan ada lagi sambungan akan huraian ini yang akan saya berikan kepada anda semua.

Baca ini juga: Kaitan Melayu Dengan Puak Bani Israel

Rujukan: Halaqah.Net


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

11 Komen Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

saya pernah baca perihal asal usul bangsa melayu ni di blog Mistisfiles. byk lg artikel yg terangkan secara detail selain perkembangan bangsa ni dan sejarah pemerintahannya.

sy bukan la pengkaji sejarah atau sejarahwan tp saya rse writter nie tersalah jejak nie... asal usul keturunan bani israel ialah dr isteri pertama nabi ibrahim, sarah yg melahirkn ishak dn isteri kedua nabi ibrahim yg melahirkn ismail... ishak ialah permulaan keturunan bani israel bukan nabi ibrahim... wallahualam...

@triple A Betul. Dalam entri di atas tidak disebut pun bahawa Bani Israel datangnya (permulaan) dari nabi Ibrahim a.s.

macam dasat je bunyi

Tak silap saya, dalam Al Quran, ada Allah firmankan yang Ibrahim itu bukan Yahudi. Tak ingat surah yang mana. Wallahualam.

Tanpa Nama delete Jun 08, 2015

melayu tu adalah bangsa jajahan dan tak akan menjajah sebab tak ada pendirian

Tanpa Nama delete Jun 08, 2015

melayu dan kayu sama maksud lain jenis dan kejadian

Sy pergi ke jpn diorang cakap malai tu malaylam tp dlm keturunan sy xde sorang pun ada keturunan mcm tu


EmoticonEmoticon