As-Salam.
Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan kepada saya oleh blogger Husna, lanjutan daripada segmen yang saya telah buat lewat petang semalam.

Ianya merupakan soalan-soalan dari blogger mengenai blog saya, bukan soalan2 yang menyentuh peribadi. Jadi, andainya anda seorang blogger, mungkin soalan dan jawapan yang diberikan ini juga akan membantu anda.

3 Soalan Dari Blogger Husna:
Soalan 1 - Adakah anda bekerja atau berblog secara fulltime?
Soalan 2 - Bila dan kat mana selalu tulis blog/entry?
Soalan 3 - Mcm mn nk dpt follower yg selalu baca blog kita?

Jawapan Dari Saya 

Jawapan 1 - Saya bekerja sendiri, dan berblog adalah secara sambilan.
Jawapan 2 - Saya selalunya melakukan draf entri serta mencari sumber untuk blog saya selepas jam 10 malam setiap hari, waktu itu, laluan maya tidak berapa sesak, ia memudahkan saya untuk melakukan beberapa kajian sendiri atau menambah sumber bagi memantapkan entri-entri saya. Ketika itu juga saya akan blogwalking untuk mendapat ilham dari isu2 dalam dunia blog itu sendiri.

Saya menulis entri dari rumah, menggunakan komputer desktop sendiri. Tetapi saya akan buat photo-blogging dari mana-mana tempat yang saya snap gambar. Blog photo-blogging hanyalah sebagai satu sumber rujukan saya, dan ia merakam gelagat semasa menggunakan kamera telefon bimbit Sony Ericsson, dan hanya boleh diakses oleh saya sahaja. :) Tetapi saya ada blog HASRULPhoto yang merakam gambar-gambar menerusi DSLR.

Jawapan 3: Hargai follower anda. Cara dan bagaimana terserah untuk anda lakukan. Selalunya saya akan sebolehnya berikan backlink kepada entri2 berkaitan. Atau anda boleh rotate blog listing anda menerusi penggunaan widget bloglist. Tak perlu banyak, anda pilih 5-10 blog follower dan letakkan dalam bloglist anda, kemudian tukar lagi dan lagi ... ikut giliran minggu atau bulan, itu terserah pada anda.

Dengan cara ini, follower yang rasa dihargai akan menghargai pula apa yang anda lakukan, dan berkemungkinan akan menjadi pembaca setia blog anda.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement