10 Tanda-Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan


As-Salam.
Cuba lihat kuku anda, apa yang anda nampak? Ketahuilah bahawa masalah kesihatan anda boleh diketahui dengan melihat kuku. So, jangan terkejut apabila anda berjumpa dengan doktor, ada masanya mereka akan suruh anda hulurkan jari untuk tengok kuku anda.

Kuku terbentuk daripada satu lapisan protein keras yang dinamakan keratin. Ia merupakan protein yang sama yang membentuk rambut dan kulit. Kerana keratin, kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.

Kuku boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan pemiliknya. Perubahan rupa bentuk serta warna boleh memberi gambaran tentang jenis penyakit yang ada pada tuan punya kuku. Di sini, saya akan kongsikan 10 tanda-tanda pada kuku yang boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan

  1. Kuku putih - Penyakit hati seperti hepatitis.
  2. Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh perlahan - Penyakit peparu seperti emfisema.
  3. Kuku kekuningan dengan dasar sedikit merah - Diabetes.
  4. Kuku separuh warna putih dan separuh merah jambu - Penyakit buah pinggang.
  5. Dasar kuku warna merah - Penyakit jantung.
  6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih - Penyakit anemia.
  7. Permukaan kuku berlekuk - Psoriasis atau radang arthritis.
  8. Clubbing, iaitu penebalan tisu pada dasar kuku - Penyakit paru-paru.
  9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - Lupus atau penyakit pada tisu penyambung.
  10. Garisan hitam bawah kuku - Melanoma.

Moga dengan sedikit info ini, anda akan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan kuku-kuku anda, baik yang ada di tangan mahupun kaki. Jangan abaikan kebersihan kuku anda.

Sumber: Majalah Kesihatan

5 comments.. read them below or add one

Wan Hashim Wan Hashim October 05, 2011
Bagaimana dengan bentuk kuku yang sihat.
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] October 05, 2011
@Wan Hashim Yang tiada tanda-tanda di atas .... hehehe
mcm ni lah mcm ni lah October 05, 2011
jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lagi menarik hati,..
antara info hari ini di blog macamnilahkita.com
''apple lancar iphone 4s''
''india lancar komputer tablet murah''
''belanja rm2juta utk atasi bersih 2.0''
''gua kelam ditutup hingga tahun depan''
jom ramai2 pakat terjah blog saya,..
Athirah Athirah December 30, 2011
bagaimana pula jika kuku berwarna ungu+kemerahan..???
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] December 30, 2011
@Athirah Alamak ... jika tiada dalam senarai tu, mungkin penyakit lain, itu kena tanya pada doktor pakar ... harap maklum

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.