As-Salam.
Cuba lihat kuku anda, apa yang anda nampak? Ketahuilah bahawa masalah kesihatan anda boleh diketahui dengan melihat kuku. So, jangan terkejut apabila anda berjumpa dengan doktor, ada masanya mereka akan suruh anda hulurkan jari untuk tengok kuku anda.

Kuku terbentuk daripada satu lapisan protein keras yang dinamakan keratin. Ia merupakan protein yang sama yang membentuk rambut dan kulit. Kerana keratin, kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.

Kuku boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan pemiliknya. Perubahan rupa bentuk serta warna boleh memberi gambaran tentang jenis penyakit yang ada pada tuan punya kuku. Di sini, saya akan kongsikan 10 tanda-tanda pada kuku yang boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan

  1. Kuku putih - Penyakit hati seperti hepatitis.
  2. Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh perlahan - Penyakit peparu seperti emfisema.
  3. Kuku kekuningan dengan dasar sedikit merah - Diabetes.
  4. Kuku separuh warna putih dan separuh merah jambu - Penyakit buah pinggang.
  5. Dasar kuku warna merah - Penyakit jantung.
  6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih - Penyakit anemia.
  7. Permukaan kuku berlekuk - Psoriasis atau radang arthritis.
  8. Clubbing, iaitu penebalan tisu pada dasar kuku - Penyakit paru-paru.
  9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - Lupus atau penyakit pada tisu penyambung.
  10. Garisan hitam bawah kuku - Melanoma.

Moga dengan sedikit info ini, anda akan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan kuku-kuku anda, baik yang ada di tangan mahupun kaki. Jangan abaikan kebersihan kuku anda.

Sumber: Majalah Kesihatan

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagaimana dengan bentuk kuku yang sihat.

    BalasPadam
  2. @Wan Hashim Yang tiada tanda-tanda di atas .... hehehe

    BalasPadam
  3. jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lagi menarik hati,..
    antara info hari ini di blog macamnilahkita.com
    ''apple lancar iphone 4s''
    ''india lancar komputer tablet murah''
    ''belanja rm2juta utk atasi bersih 2.0''
    ''gua kelam ditutup hingga tahun depan''
    jom ramai2 pakat terjah blog saya,..

    BalasPadam
  4. bagaimana pula jika kuku berwarna ungu+kemerahan..???

    BalasPadam
  5. @Athirah Alamak ... jika tiada dalam senarai tu, mungkin penyakit lain, itu kena tanya pada doktor pakar ... harap maklum

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement