Langkau ke kandungan utama

Komuniti Blogger Untuk Menarik Pengunjung dan Pembaca

As-Salam. Bila berkata pasal komuniti blogger ni, leh saya simpulkan, ia sama naik dengan jumlah blog yang wujud di dunia maya. Banyak komuniti blogger tumbuh bagaikan cendawan, dan kebanyakkannya dipelopori oleh blogger-blogger yang memang dah berpengalaman, dan mempunyai pengetahuan luas mengenai komputer, IT dan internet. 

Pembentukkan komuniti ini memang bagus, kerana ia dapat mengumpulkan bloggers dan pada masa yang sama berkongsi pengunjung yang akhirnya menjadi pembaca blog. Yang penting adalah keserasian dalam komuniti.

Anda tak boleh expect, blog anda yang dok bercerita pasal politik akan diterima baik dalam komuniti yang kebanyakkan blog dalam komuniti tersebut bercerita soal keluarga, soal anak-anak. Kata orang tak ngam .... 

Jika mahu menarik pembaca dalam komuniti, pastikan komuniti itu sesuai dengan penceritaan blog anda. Anda boleh sepakat dengan beberapa blog lain, yang bercerita kisah yang hampir sama dengan anda. Bina network bersama dengan perkongsian RSS atau bloglist, atau pun menjalankan aktiviti dalam blog secara bersama contohnya giveaway dan contest.

Komen dalam blog juga perlu lebih interaktif. Apabila anda berkongsi pembaca sama, maka minat terhadap entri juga adalah sama. Pastikan bila anda dah join satu komuniti, anda aktif menjadi sebahagian dari komuniti tersebut. 

Kaedah ini bukan sahaja akan menarik pengunjung dengan minat, hobi, tarikan yang sama, tetapi juga pembaca, yang akhirnya memberikan trafik dan meningkatkan followers blog - dengan lebih jujur dan paling penting saling suka - dan bukannya kerana terpaksa.

Agak-agak mencari komuniti atau group blogger baru, boleh join Kelab Blogger Belia ... :)




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. waaaa bagus tips ini terima kasih.....

    BalasPadam
  2. wah..bagus ni,tips dr otai

    BalasPadam
  3. satu cerita, satu suara, satu blog..hehehe...andaian je..memang betul tu...ndak terfikir plak..apapun terima kasih BK

    BalasPadam
  4. @Muaz Faris Baca posting2 dalam FB BANGKU KOSONG ... ada dah rasanya saya beritahu

    BalasPadam
  5. Thanks utk tips yg diberi.. :)

    BalasPadam
  6. 31 ogos kerajaan telah tetapkn slogan tanah tumpah darahku sebagai moto hari kebangsaaan

    BalasPadam
  7. betul tu, saya sedang berusaha melakukan sprt yang disarankan..terima kasih HH..

    BalasPadam
  8. Bagus ada ruang komuniti yg pelbagai ni. Terima kasih invite sy ke Komuniti Kelab Blogger Belia walaupun sy dh nk tamat tempoh belia tu. hehe

    BalasPadam
  9. Ye mari join Kelab Blogger Belia..Akan rasa sentiasa muda..heheh..boleh tambah rakan-rakan blogger..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…