Kurang Tidur Akan Buat Anda Mudah Gemuk

Kurang tidur akan menyebabkan anda mudah untuk gemuk! Ramai yang ingat .. jika banyak tidur, badan akan cepat naik. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya .... jika anda kurang tidur, secara automatik, badan anda akan berada dalam satu proses kaku, kaku bermaksud, badan tak dapat nak proses dengan baik apa yang sedang berada di saluran pencernaan.

Kurang Tidur Akan Buat Anda Mudah Gemuk

Kurang Tidur Akan Buat Anda Mudah Gemuk
Ya, benar ... memang ada yang mengaitkan dengan hobi suka tidur menyebabkan kegemukkan. Ia benar jika tidur itu dilakukan sebaik sahaja selepas makan dan tidak aktif.

Kurang tidur sebenarnya meransang hormon yang mengatur nafsu makan dengan meningkatkan lebih tinggi gherin, hormon yang meransang selera. Dan pada masa sama, ia menurunkan kadar leptin yang memberi signal kepada badan bahawa diri telah kenyang.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004, hampir 30 peratus individu yang kurang tidur 5 jam minimum sehari akan cenderung kepada peningkatan berat badan berbanding mereka yang tidur cukup 7-8 jam sehari.

Selain itu, kurang tidur boleh membawa kepada ancaman strok serta serangan jantung. Dan menurut satu kajian para saintis dari Universiti Chicago, kurang tidur boleh membawa kepada gangguan proses pengeluaran hormon sehingga melemahkan kemampuan badan untuk menggunakan karbohidrat dalam badan, yang akan menyebabkan penyakit seakan diabetes.

Jadi, khas buat diri saya, kenalah cukup tidur ... supaya nanti tak dihinggapi penyakit berbahaya dan membuatkan badan jadi extra size ... bila dah bertambah, saiz pinggang pun bertambah .... dan secara tak langsung, bajet pun lari sebab kena beli suar lain bila tiba raya nanti ...hehehehe....

Sumber: Majalah iSihat

{ 18 comments.. read them below or add one }

Daddy Zuki Daddy Zuki June 14, 2011
saya pun x cukup tdo sbb selalu terbangun kul 4-5 pagi utk ke tandas...kdg kala terus x tdo sampai ke sek....
Puteri Salju Puteri Salju June 14, 2011
huhu.. sehari tdo 5 - 6 jam jerk.. tapi x gemuk2 pun..(^_^)
cleverspider55 a.k.a alam1cinta cleverspider55 a.k.a alam1cinta June 14, 2011
Info menarik ni.Terimakasih kerana sudi berkongsi.
Fariza Othman Fariza Othman June 14, 2011
betol2..kurang tidor le gemuk tapi jgn plak melantak tidor berlebih plak. hahaha
hanani hanani June 14, 2011
oh ye ke.. tak tau lak. Biasa ingatkan lebih tidur lagi cepat gemuk. TQ info ni. :)

Jom baca ni :NIKMAT TEH Kepada Badan dan Minda. Anda peminat teh?Meh baca ni..

Jom baca ni :Tupperware : Aidilfitri Cake Gift Set. Ada yang minat?
risa risa June 14, 2011
alamak...patut le saye gemok!!!
adoyaiii..selalu paling cepat pon tidor pukul 12
paling lewat 2 or 3 pagi..emmm
Kuasai minda Kuasai minda June 14, 2011
Info yang hebat!
Nampaknya, lepas ni aku pun kena atur semula jadual tidur...
MaSLiNa MaSLiNa June 14, 2011
patut la wanita2 yang ramai anak ni besenya 'alignment' dia dah lari sket.. sbb kurang tidur rupanya.. skang tau la kenapa sy pun jadi mcm tu... heheh
fazilzura fazilzura June 14, 2011
emm ni 1st time dpt info cmni .. cz sy ni mmg jrg tido siang..k alau mlm kul 11 mlm dh tido , syukur xde plak masalah berat bdn ..
Mehmed - Mehmed - June 14, 2011
ok. aku nak tidur balik. Ahaks! wah tahniah HH, dah ada 2000 pengikut..terbaek !
alia kamal alia kamal June 14, 2011
oh, tidak ku sangka. bestla, pasni ade alasan nk tido lama2..hahaha..
afiqazizan afiqazizan June 14, 2011
patut lah berat badan saya naik..thank,z kongsi tentang info ini.
uani uani June 21, 2011
Em....yo ko..patut le...bdn mcm dipam pam..hik3, salah satu faktor ngopenye...
Terbang Bersamaku Terbang Bersamaku June 25, 2011
saya pun selalu tak cukup tidur..sebab tak boleh nak tidur awal..kadang2 siapkn kerja tapi sy mmg mmeounya masaalah nak tdur awal nie..thanks sbb kongsi info nie
armouris armouris July 01, 2011
lagi info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur
Usry Norie Usry Norie October 28, 2016
Saya perlu tidur sekurang-kurangnya 6 jam. Jika tak cukup, nak menulis blog pun tak ada idea. Baca buku pun tak masuk otak dan buat kerja di office pun rasa macam tak fokus.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.