Drama Nora Elena. Drama bersiri TV3 ini memang berhantu betul. Ramai yang suka tengok drama ini. Ia telah mempopularkan para bintang yang berlakon di dalam drama ini. Kegilaan ramai kepada drama yang menampilkan Aaron Aziz dan Siti Saleha ini telah membuatkan ada yang tidak senang duduk dibuatnya.

Haha. Saya nak kongsikan satu surat ni - surat bantahan supaya Drama Nora elena dihentikan. Ia telah dikongsikan oleh rakan saya di Facebook. Menarik dan memang menarik .. buat pengetahuan, saya tidak mengikuti drama ini. :)

Gempar - Surat Bantahan Supaya Drama Nora Elena Dihentikan!

Nowa,
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya.

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah. Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh. Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi) kari hangus, nasik hangit. Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil. Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DI DUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

(NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya


*p.s: Buat mereka yang baca sampai habis entri ini, saya ucapkan terima kasih. Buat pengetahuan ini adalah entri seronok2 .... lebih kepada senda jenaka, dan bukannya benar, jangan salah faham pula yer .. sebab saya tengok komen kat entri macam nak menghukum la pulak entri ni ..hehehe... sian si penulis asal, ini cuma idea gurauan semata. Sekali lagi, saya tegaskan ini hanya entri sendaloka dan maafkan saya andai anda terkeliru.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

20 Komen

pliZz...dis 2011....so be a profesional...hope pnonton2 d malaysia lbh bijak mnlai....jgn mdh bt andaian...atau tggpn yg negatiF....sokong lah industri tmtpn kita....dgn mmberi galakan...dan respon yg baik....bkn dGn menghukum cpya drama tersbut dHARAMKAN...i hope pnontn ibu2 khususnya,...berfkr lbh matg ^_^ my mUm jg slalu lyn muvie2 tv3,tp stiLL msh blh mnrma...xda berprasangka cprti ini :) tQ.

Reply

hehhee.. ni mesti saja2 je..takkan la smpai perlu macam ni.. melainkan orang yang tulis ni, lupa bezakan realiti dan fantasi.

Reply

hahha..
x boleh bla..
rilek2 sudah la..
kalau bace novel ag byk yg x realistik..
tp pandai la bezekan..
adoy...

Reply

Laa.. benda ni just drama jer... kenapa smpai terbawak2 ke alam realiti.... pengarah msti la nak tarik perhatian penonton dengan wat scene2 cam tu... so kita kena la pndai menilai realiti & fantasi...

Reply

dah nama pon drama. adeh

Reply

ahahaha...lawak doe surat mak cik ni karang...

Reply

Aduhai ... ehemmm maaf ye semua, ini cuma entri lawak jenaka sahaja. Bukan realti pun, tetapi perlu juga tengok kiasan dan maksud, mungkin ada benar.

Reply

hihii . . mmg ade sdkit kne mgne dgn realiti . cte ni mmg bpngaruh , huhuu

Reply

alahai, ni lawak jela..jgn anggap serius...

Reply

KAHKAHKAH :D
Sabor je lah
Engatkan betul betul
Sekali keluar dialog pulak
Sah sah main main je nih
HAHAHA :D

Reply

haha lawok2...
cun idea ni..

Reply

Minta share yerh ^.^

http://rneszaine.blogspot.com/2011/06/gempar-surat-bantahan-supaya-drama-nora.html

Reply

gegeeggege... dah agak da musti sje nk pekena peminat2 nora elena.. hahahha.. owhhh sy tidak tgk pn itu cerite...

Reply

memule bace die nye title berapi gak la....sape la yg benggong sgt x drama ni di tarik balik...
lepas bace mmg best surat ni...dapat kt cikgu karangan kompem die bagi A+++

Reply

@!t's m3... Itupun kalau cikgu tu tengok citer ni ler .. hehehee

Reply

org umah aku pun terpengaruh dgn crita ni..dem!! haha

Reply

nowa ni kompem asal Trg..terbawak2 dlm surat tu loghat teganung....cayalah..berpijak dibumi nyata tu...ahaha.

Reply

tu dia gaji RM1500 beli bunga mahai.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.