Ada Ilmu Sila Kongsikan, Dan Awas Dari Fitnah

Ada banyak ilmu yang ada di dunia. Terserah pada kita untuk mencari dan mendalaminya. Ada ilmu yang baik dan tidak baik. Dalam pencarian ilmu itu, harus diingat perlunya guru, bukan apa, takut tersesat dan tersalah memilih ilmu. Ada ilmu nampak macam baik je, tetapi di sebaliknya, tersirat segala macam agenda yang kita tak tahu.

Dengan ilmu, kita dapat hindari diri kita dari masalah. Dengan ilmu kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih bagus. Dan dengan ilmu kita menjadikan diri kita lebih baik dari orang lain. Darjat orang yang berilmu ini amat tinggi, baik di sisi manusia mahupun di sisi Tuhan.

Ada Ilmu Sila Kongsikan, Dan Awas Dari Fitnah


Mengapa penting ilmu kita kejar? Kerana ilmu, kita boleh membuat pilihan dalam hidup, sebab kita dah sedar akan kebaikan dan keburukan. Kerana ilmu, kita dapat menilai dengan lebih baik apa yang terbaik dalam membuat pilihan. Ada masa mungkin kita tersilap langkah, aha .... itu mungkin sebab ilmu kita belum cukup mantap. Bila berlaku, jangan pula nak gah2 dengan ilmu yang ada sebab mungkin orang lain lebih tahu dari anda. Ilmu mereka lebih baik dan mantap. Bila bercakap soal ilmu, jangan cuba untuk menyangkal tetapi cubalah selami dan selidiki.

Ilmu Dahulu Lebih Berkualiti

Ibarat kita mencari nas kebenaran dalam soal hadis. Para perawi hadis, mereka semuanya mencari asal-usul hadis itu diriwayatkan, bukan main terima mentah-mentah. Kerana ingin tahu akan kebenarannya samada ia benar sahih atau tidak. Dan untuk mensahihkan sesebuah riwayat bukannya senang, ada peraturan dan cara. Andai yang menyampaikan itu (sumber asal) adalah orang yang boleh diragui - dek kerana mungkin pernah berbohong atau menipu semasa jual-beli - hadis yang diriwayatkan tu boleh disangkal, dan boleh diragui kebenarannya.

Jadi, begitu juga dalam soal menyebarkan ilmu. Ada ilmu memang baik untuk disebarkan, tapi pastikan ia tida diragui. Kena nyatakan sumber agar yang membaca nanti boleh merujuk - jika boleh dan punyai kemampuan. Namun, setiap orang ada ilmu sendiri, dan ada pengetahuan sendiri. Common sense pun leh pakai - jika difikirkan ia tidak betul, tak perlulah nak hebah2 ... sebab takut silap hebah, akan jadi fitnah.

Dan bila bercakap soal fitnah, telah ramai yang tahu ... umat akhir zaman akan penuh dengan fitnah dan menurut kefahaman cetek saya, blog juga merupakan satu medium untuk fitnah ini melarat. Jadi awas, jangan sampai kita menjadi penyebar fitnah yang boleh meruntuhkan masyarakat.


*p.s: Moga kita semua dihindarkan dari segala fitnah, baik yang nampak mahupun yang terselindung

{ 11 comments.. read them below or add one }

Eera Shera Eera Shera June 09, 2011
salam.hai..baru lagi kat sini.betul2. dari asyik nak menjatuhkan blogger lain, baik support each other kan =)
Orked Desa Orked Desa June 10, 2011
setujuuuuuuu...thumbs up..x suke blogger2 yg sebar2 fitnah ni..menjatuhkan maruah blogger yg x terlibat....kerana nescafe 1/2 sudu, rosak air soya secawan...huhu...
Fendy Fendy September 27, 2011
fitnah semakin berleluasa...sama2 kita hindarkan....
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU November 21, 2014
Hebat tuan HH berbicara...boleh ganti Datuk Fadzilah Kamsah...dari ilmu blog hingga ke agama..em mantop..
blogger lelaki blogger lelaki November 21, 2014
dalam konteks agam fitnah itu adalah perkara yang membawa kepada kemudaratan...fitnah dalam bahasa kita pula lebih kepada tuduhan..semoga kita semua sentiasa dilindungi
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 22, 2014
Ya betul tu Eera ... kita tak tahu kesudahan kita, dari kita lihat orang lain seperti melihat buah busuk .. lebih baik kita jaga buah yang masih elok.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 22, 2014
Bila dunia berada lebih atas dari segala perkara.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 22, 2014
Saya menyampaikan apa yang telah disampaikan kepada saya je. :)
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid November 22, 2014
kalau yg muslim tue, mungkin mereka lupa bahawa setiap penulisan tue juga akan dipertanggungjawabkan ALlah di akhirat kelak.ksan bagsu kalau tulis benda2 yg baik n boleh bagi manfaat pada orang lain.. :(
Etuza Etuza Etuza Etuza November 23, 2014
http://madey09.blogspot.com/2014/11/tips-kepada-blogger-baru-kerusiburok.html
asalam HH ni ada blogger baru bertanya , lalu Etuza bagi tips datang ke laman Tuan..harap membantu dia.tahnia blog semakin maju teruskan usaha ya HH..sangat bagus laman ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.