Dengan ilmu, kita dapat hindari diri kita dari masalah. Dengan ilmu kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih bagus. Dan dengan ilmu kita menjadikan diri kita lebih baik dari orang lain. Darjat orang yang berilmu ini amat tinggi, baik di sisi manusia mahupun di sisi Tuhan.
Ada Ilmu Sila Kongsikan, Dan Awas Dari Fitnah

Ilmu Dahulu Lebih Berkualiti
Ibarat kita mencari nas kebenaran dalam soal hadis. Para perawi hadis, mereka semuanya mencari asal-usul hadis itu diriwayatkan, bukan main terima mentah-mentah. Kerana ingin tahu akan kebenarannya samada ia benar sahih atau tidak. Dan untuk mensahihkan sesebuah riwayat bukannya senang, ada peraturan dan cara. Andai yang menyampaikan itu (sumber asal) adalah orang yang boleh diragui - dek kerana mungkin pernah berbohong atau menipu semasa jual-beli - hadis yang diriwayatkan tu boleh disangkal, dan boleh diragui kebenarannya.Jadi, begitu juga dalam soal menyebarkan ilmu. Ada ilmu memang baik untuk disebarkan, tapi pastikan ia tida diragui. Kena nyatakan sumber agar yang membaca nanti boleh merujuk - jika boleh dan punyai kemampuan. Namun, setiap orang ada ilmu sendiri, dan ada pengetahuan sendiri. Common sense pun leh pakai - jika difikirkan ia tidak betul, tak perlulah nak hebah2 ... sebab takut silap hebah, akan jadi fitnah.
Dan bila bercakap soal fitnah, telah ramai yang tahu ... umat akhir zaman akan penuh dengan fitnah dan menurut kefahaman cetek saya, blog juga merupakan satu medium untuk fitnah ini melarat. Jadi awas, jangan sampai kita menjadi penyebar fitnah yang boleh meruntuhkan masyarakat.

*p.s: Moga kita semua dihindarkan dari segala fitnah, baik yang nampak mahupun yang terselindung
salam.hai..baru lagi kat sini.betul2. dari asyik nak menjatuhkan blogger lain, baik support each other kan =)
BalasPadamYa betul tu Eera ... kita tak tahu kesudahan kita, dari kita lihat orang lain seperti melihat buah busuk .. lebih baik kita jaga buah yang masih elok.
Padamyaaaa btul tu!!
BalasPadamsetujuuuuuuu...thumbs up..x suke blogger2 yg sebar2 fitnah ni..menjatuhkan maruah blogger yg x terlibat....kerana nescafe 1/2 sudu, rosak air soya secawan...huhu...
BalasPadamfitnah semakin berleluasa...sama2 kita hindarkan....
BalasPadamBila dunia berada lebih atas dari segala perkara.
PadamHebat tuan HH berbicara...boleh ganti Datuk Fadzilah Kamsah...dari ilmu blog hingga ke agama..em mantop..
BalasPadamSaya menyampaikan apa yang telah disampaikan kepada saya je. :)
Padamdalam konteks agam fitnah itu adalah perkara yang membawa kepada kemudaratan...fitnah dalam bahasa kita pula lebih kepada tuduhan..semoga kita semua sentiasa dilindungi
BalasPadamkalau yg muslim tue, mungkin mereka lupa bahawa setiap penulisan tue juga akan dipertanggungjawabkan ALlah di akhirat kelak.ksan bagsu kalau tulis benda2 yg baik n boleh bagi manfaat pada orang lain.. :(
BalasPadamhttp://madey09.blogspot.com/2014/11/tips-kepada-blogger-baru-kerusiburok.html
BalasPadamasalam HH ni ada blogger baru bertanya , lalu Etuza bagi tips datang ke laman Tuan..harap membantu dia.tahnia blog semakin maju teruskan usaha ya HH..sangat bagus laman ni..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.