As-Salam. Bila anda buat blog, antara perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memilih tema blog (blog's theme). Tema blog yang dipilih pada awalnya mungkin tak menepati citarasa anda, malah awal-awal mungkin anda sendiri tak pasti apakah tema paling sesuai untuk blog baru yang anda wujudkan itu.

Blogspot Telah Menyediakan Pelbagai Blog's Theme Untuk Para Pengguna.

Pada awal-awal, mungkin anda tak tahu rentak bagaimana dunia blog yang anda ingin tarikan. Agak abstrak pada awalnya, tetapi lama kelamaan, anda akan tahu apa pembaca inginkan dari blog anda.

Dari situ, anda boleh kembangkan entri anda di sebalik carca merba penulisan entri, dan di situ juga anda memberikan niche tersendiri pada blog anda. Malah, dalam satu sudut lain ... anda membina identiti blog anda itu.

Niche Blog atau Kategori Blog
Ada blogger bertanya pada saya, apa itu niche blog? HMm mungkin  tak berapa nak faham - jadi entri ini HH berikan satu contoh metafora yang mungkin sesuai untuk menggambarkan niche dalam dunia blog.

Katakan ada sebuah medan selera - ini diibaratkan sebagai dunia blog. Di medan selera itu ada banyak kedai (blog), dan setiap kedai itu ada macam-macam barang serta produk jualan. Antaranya ada kedai makan (blog A), ada kedai runcit (blog B), ada kedai top up (blog C). Malah ada kedai yang jual semua sekali, kedai tu la jual air, kedai tu jugak jual top up. Ada kedai hanya jual makanan bergoreng, semua benda goreng-goreng ada di kenai ini - ini adalah salah satu kedai (blog Niche A) yang hanya jual apa yang terbaik untuknya. Ada lak kedai hanya jual cendol sahaja (blog Niche B), lebih spesifik.

Dalam mengatakan soal niche pun ada pecahan2 kecil. Ada kedai yang tadinya jual makan, dalam kedai tu ada yang bersangkut dengan makan ialah minum, jadi ia jual air juga. Masih dalam kategori sama, tak lari ....tak dicap sebagai kedai serbanika lagi (blog carca merba).

Jadi, harapnya faham bila HH cakap blog tampil unik dengan mengenengahkan niche sendiri. Malah blog yang ada niche sendiri, lebih senang popular dan lebih disenangi oleh enjin carian.

Tema Blog Yang Sesuai Perlu Untuk Tampil Menyakinkan.

Tema Blog (Blog's Theme)
Untuk tampil sebagai sebuah blog yang ada niche, harus sekali difikirkan tema yang sesuai, tema yang HH maksudkan termasuklah dari segi layout dan template. Kalau blog anda nak tampil sebagai sebuah blog yang ada banyak gambar, HH syorkan buat dalam bentuk magazine's style. Paparkan gambar paling menyerlah, dan gunakan fungsi read more dalam entri utama atau laman utama.

Anda juga harus fikirkan warna sesuai untuk tema blog anda. Jika nak gambar itu menyerlah, background yang gelap amatlah digalakkan. Jika anda mementingkan tulisan, background entri penulisan itu harus lebih cerah dari yang lain.

Kaitannya niche tadi? Andaikan blog anda memaparkan kisah artis tempatan, tak perlulah buat layout berlatar belakang gambar masjid ataupun gambar anak kucing - tak sesuai bebenor. Paling baik adalah warna kosong dan lembut. Jika niche blog anda dok ceritakan pasal makanan, anda boleh buat latar belakang gambar hidangan yang sesuai.... atau mungkin gambar kuali ..hehehee...

Jadi, apa bentuk blog yang kita nak buat atau dah buat, kena pastikan ia sesuai dengan apa yang cuba kita sampaikan. Hmm ..barulah nampak pro ..barulah nampak blogger yang ada ilmu .... :) dan barulah orang yang singgah terpesona dan rasa blog ini patut LIKE banyak-banyak dan patut masuk dalam bloglist pilihan. Tak gitu?

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement