Terlibat dan dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Ujian ini merupakan salah satu cabang penilaian dikendalikan SPA menerusi Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Penilaian ini adalah merupakan penilaian berkaitan sahsiah dan minat yang lebih terarah. Ia menilai beberapa spektrum kriteria bagi memastikan calon yang dipilih adalah benar-benar layak dengan jawatan yang dipohon. Dengan kata lain, ia adalah peringkat penyingkiran calon sebelum ke peringkat temuduga.
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Terkini
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ujian ini nampak mudah namun ia boleh memberikan tekanan kepada calon, apatah lagi perlu menjawab kesemua soalan disediakan - biasanya sekitar 100 - 200 soalan dalam tempoh masa ditetapkan - antara 40 - 60 minit.
25 Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Berikut adalah beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik (25 Contoh Soalan Rawak Ujian Psikometrik):
1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
2. Anda lebih menumpukan pada orang yang ...
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah ....
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh ...
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang ...
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan ...
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
7. Pilihan anda dibuat secara ....
A. Teliti
B. Rawak
8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya ....
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
10. Ketua Jabatan sepatutnya menghargai _______.
A. Dengan memberikan hadiah
B. Dengan mengucapkan tahniah serta kata penghargaan
11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang _______.
A. Sabar
B. Mesra
12. Anda membuat keputusan dengan _______.
A. Moral
B. Logik
13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara _______.
A. Dirancang
B. Rawak
14. Anda perlu bersikap _______.
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang
15. Apabila bergaul dengan orang ramai.
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam
16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
17. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak
18. Saya suka menonton perlawanan bola sepak.
A. Ya
B. Tidak
19. Saya suka beriadah di hari minggu.
A. Ya
B. Tidak
20. Saya mudah untuk memberikan pandangan di dalam mesyuarat.
A. Ya
B. Tidak
21. Jika saya membanggakan diri, saya akan dipandang tinggi.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
22. Saya berpendapat larangan merokok di tempat kerja adalah tidak wajar.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
23. Saya suka melakukan aktiviti yang boleh memajukan diri saya.
A. Ya
B. Tidak
24. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.
A. Ya
B. Tidak
25. Saya akan bertindak tegas apabila tidak berpuas-hati dengan kualiti dan hasil kerja seseorang.
A. Ya
B. Tidak
Walaupun soalan ujian ini nampak mudah, masih ramai calon yang gagal! Serius, boleh dikatakan daripada 500 orang yang menduduki ujian, cuma kurang 100 sahaja yang akan ke peringkat seterusnya.
Masalah utama yang dikenal-pasti adalah sikap sambil lewa oleh calon sendiri. Ramai yang ambil mudah tanpa melakukan sebarang persediaan, walhal Ujian Psikometrik adalah ujian penting sebelum dipilih untuk ditemuduga.
Jangan Ambil Mudah dan Bersikap Sambil Lewa
Ikuti langkah positif yang diambil oleh calon-calon yang berjaya LULUS UJIAN PSIKOMETRIK ini. Mereka tahu tanpa persediaan, membuat ulangkaji, membuat latihan contoh soalan ... ujian ini bakal menyukarkan mereka.
Samada sedar atau tidak, ada banyak soalan perangkap yang boleh menjerat. Siapa yang dah dapatkan rujukan tahu mengenai perangkap soalan ini. Itu sebab mereka berjaya lulus dengan mendapat markah MERIT yang sepatutnya.
Nak LULUS atau KECUNDANG? Pilihan Anda?
Anda mahu ikuti jejak langkah mereka yang dah berjaya lulus ujian ini?
Gunakan pakej rujukan yang mereka gunakan. Rujukan Ujian Psikometrik terkini disediakan oleh Tim Infokerjaya. Ia merupakan pakej rujukan lengkap dengan tips lulus ujian serta lebih 200 contoh soalan ujian untuk dijadikan latih-tubi sebelum PSEE Ujian Psikometrik sebenar.
Akses pakej rujukan ini di sini:
[+] Info Pakej Rujukan dan Tempahan
Untuk pakej rujukan lain, anda boleh dapatkan terkini di sini - https://mylink.la/rujukanpsee
Semoga rujukan ini akan membantu anda.