Menu masakan ketam memang sedap. Ada banyak cara untuk menikmati rasa manis isi ketam yang segar. Jika saya, saya sangat suka ketam dibuat masak lemak atau dijadikan bahan untuk menyediakan kuah mee kari.

Jika ingin membuat menu ketam yang berkuah, kena pastikan ketam yang digunakan adalah ketam segar. Kalau tidak, rasa kuah akan menjadi pahit dan berbau.

10 Tips Untuk Memilih Ketam Segar

Tip Panduan Memilih Ketam Segar

Bagaimana cara nak pilih ketam yang betul-betul segar? Jika ke pasar, salah satu cara ialah dengan bertanyakan kepada penjual ketamlah, tetapi sejujur mana mereka akan memberitahu bahawa ketam yang dijual adalah ketam yang baru ditangkap?

Jadi, saya kongsikan sedikit tips ini sebagai panduan untuk memilih ketam yang segar di pasar atau pasaraya. Ia bersandarkan kepada pengalaman sendiri yang memang suka menikmati hidangan ketam segar ini.
  1. Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana dikatakan isi ketam yang ditangkap waktu ini adalah padat. 
  2. Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu segar.
  3. Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain tunjukkan isinya padat.
  4. Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam - tiga segi kat belakang, kalau masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
  5. Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu .... faham-faham aje la ehh.
  6. Kaki ketam masih kuat melekat pada badan. Mata ketam mesti ada lagi, jangan sudah tercabut. Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
  7. Jika berpeluang untuk memilih dalam banyak pilihan, pilih ketam betina. Ketam betina ni, ada telur dan bahagian bawah tempat boleh kopek tu selalunya lebih lebar dan bukan tirus. Selalunya ketam betina lebih banyak isi.
  8. Ketam betina badan agak bulat, dan sepit yang ada adalah lebih pendek. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu, kurang warna biru.
  9. Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar. 
  10. Pilih ketam yang hidup - jika berkesempatan untuk membeli ketam di jeti nelayan. Ini pasti segar!!

Harapnya perkongsian dari tips dapur ini bolehlah membantu para penggemar ketam yang mahukan ketam yang segar bugar sebagai hidangan.

Ketam yang segar, jika dibuat gorengan pun memang menyelerakan. Oh ya, sebagai seorang yang beragama Islam, kena ambil tahu juga .. bukan semua jenis ketam boleh dimakan.

Ada ketam yang dipanggil Ketam Batu yang hidup dua alam, yang boleh dibezakan dengan bentuk kaki belakangnya. Ketam Batu tiada kaki pendayung (leper) seperti ketam lain.

Dapat sesuatu? Sebut 'Alhamdulillah'.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah. Dapat masak ketam lemak atau sup ketam perggh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement