Masih mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman anda? Dah lama menjadi penganggur terhormat, tinggal bersama ibubapa tanpa ada sebarang punca pendapatan sendiri? Tulis dan hantar beratus resume kerja, tetapi satu pun tidak berjaya mendapatkan kerja?

Kenapa gagal? Salah satu punca kegagalan mendapatkan kerja terutama sekali di peringkat awal pencarian kerjaya adalah penyediaan resume yang betul, tepat dan menyakinkan. Ramai sekali yang cuma 'copy-paste' format resume dari kawan-kawan walhal ia resume yang 'gagal'.

Panduan Menghasilkan Resume Kerja Terbaik

Panduan Bantu Hasilkan Resume Kerja

Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Ia adalah dokumen penting yang mewakilkan diri pencari kerja untuk dinilai oleh pihak majikan secara atas kertas. Ia kemudiannya akan dijadikan bahan atau sumber bukti majikan dalam proses seterusnya, iaitu temuduga.

Jadi, isi kandungan resume sangat penting disediakan sejujur yang boleh dan tidak sesekali meletakkan sesuatu yang bukan menjadi kekuatan diri calon.

Cara penyampaian resume perlu ringkas, tepat tetapi lengkap. Ayat perlu bersesuaian tanpa ada sebarang kesilapan ejaan hatta yang kesilapan kecil.

Resume yang betul bukan setakat isi kandungannya sahaja, tetapi perlu tampil dalam rekabentuk yang menarik.


Sebenarnya telah banyak pakar terdiri dari majikan dari sektor kerja samada swasta dan awam yang berkongsi tips dan panduan untuk menghasilkan resume yang bagus dan baik. Tetapi sayang sekali, ramai antara pencari kerja terutama dari kalangan lepasan graduan yang suka ambil mudah dan menggunakan kerangka resume lapuk yang sudah tidak relevan dengan kehendak pasaran kerja.

Dalam blog iKerjayaGraduan.com ada dinyatakan beberapa tips penting mengenai penulisan resume kerja. Jika ada kelapangan, boleh baca segala tips dan panduan mengenai kerjaya diterbitkan di blog tersebut.

Tahukah anda, ada di kalangan pencari kerja yang masih keliru antara resume dengan CV.

Agak malang, masih ramai pencari kerja yang melakukan kesilapan yang besar apabila tidak boleh membezakan antara resume kerja dengan curriculum vitae (CV). Sayang sekali, pencari kerja ditolak kerana tersalah hantar format resume atau CV. Majikan minta CV tetapi dihantarnya resume. Majikan minta resume, dihantarnya CV.

[Baca] https://www.hasrulhassan.com/2016/12/18-sebab-gagal-temuduga.html

Terdapat beberapa perbezaan utama, seperti format, struktur, jumlah muka surat, kandungan dan kegunaannya (tajuk kerangka). Namun, kedua-duanya adalah bertujuan untuk memohon pekerjaan yang diinginkan.


Amnya, satu resume perlu disediakan berdasarkan kepada jenis jawatan yang dipohon, organisasi yang dipohon, skop kerjaya dan beberapa aspek minor tetapi penting. Kena pastikan kelebihan diri pemohon diketengahkan untuk menjadi sebab dipilih.

5 Tips Hasilkan Resume

Berikut adalah beberapa tips atau panduan untuk menghasilkan resume yang baik memohon kerja.

1. Padankan resume mengikut kesesuaian jawatan yang dimohon.
2. Gunakan reka bentuk yang sesuai.
3. Pastikan ayat yang digunakan bersesuaian dan tiada kesilapan ejaan dalam penulisan.
4. Jujur dalam setiap informasi yang dikongsi.
5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mengenai penulisan resume.

Pencari kerja kena faham bahawa resume adalah bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu.

Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

Tak tahu bagaimana nak hasilkan satu resume yang baik dan sesuai dengan jawatan yang dipohon?

Ebook Panduan Rahsia Resume Kerja

Rahsia Resume Kerja

Baiklah. Jika serius dan tidak lagi mahu kecewa ... gunakan panduan disediakan di dalam bentuk ebook yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya ini.



Panduan Resume Kerja yang disediakan dan diterbitkan oleh Infokerjaya ini adalah merupakan panduan terbaik bagi pencari kerja yang masih lagi gagal mendapatkan kerja yang diinginkan. Ia telah dijadikan rujukan ramai terutama graduan dan lepasan IPT sejak bertahun-tahun dahulu.

Malah, ia satu-satunya rujukan dan panduan hasilkan resume yang senantiasa dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Ebook rujukan ini telah membantu ramai yang rata-rata telah berjaya mendapatkan kerjaya yang dipohon. Alhamdulillah.

Gunakan rujukan dan sumber panduan ini bagi memastikan anda menghasilkan resume yang betul dan tepat. Klik butang tempahan disediakan untuk info lanjut mengenai panduan dan rujukan ini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Sebelum Selepas

Labur Saham

Rahsia Bisnes Online di Shopee
Klik Sini Rahsia Borong China

Buat Duit USD dengan Dropship