Ikan Cuci Cermin, juga dikenali sebagai Ikan Bandaraya adalah antara spesies ikan yang banyak terdapat di sungai-sungai di Malaysia termasuklah di sungai-sungai yang tercemar teruk. Ini adalah kerana daya tahan ikan ini yang tinggi.

Ikan ini nampak cantik tetapi ia tidak disukai pemancing sungai di Malaysia. Malah, ia merupakan spesies ikan yang boleh mengancam ekosistem semulajadi sungai walaupun ia ikan yang tidak merbahaya kepada manusia.

Ikan Cuci Cermin Tidak Disukai Pemancing Sungai

Ikan Cuci Cermin atau Ikan Bandaraya atau Ikan Sapu-Sapu

Ikan ini cepat membiak. Ia boleh membesar sehingga mencapai 60 cm, iaitu dua kali panjang pembaris panjang yang selalu digunakan anak-anak di sekolah.

Ikan Cuci Cermin atau Ikan Bandaraya atau nama saintifiknya Hypostomus plecostomus adalah ikan yang tidak disukai pemancing kerana ia tidak boleh dimakan, malah ikan ini kadangkala sering mencuri umpan. Ikan ini juga akan menyebabkan ikan spesies lain tidak mendiami sesuatu lubuk kerana ikan Cuci Cermin suka memakan telur-telur ikan lain.


Ikan Bandaraya Merugikan Penduduk dan Pemancing

Di tempat saya, berdekatan dengan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang, spesies ini bukan sekadar mendiami sungai-sungai (samada kecil atau besar) tetapi juga tali air dan parit besar di kawasan berdekatan sawah bendang.

Ini menyebabkan ia mendatangkan masalah kepada penduduk setempat yang menahan pukat/jaring atau menjala. Spesies ini mampu merosakkan pukat dan jaring serta jala. Ia membawa kerugian kepada penduduk setempat. Ia juga akan menyebabkan pupusnya spesies ikan lain yang menjadi sumber rezeki penduduk.

[Dah Baca?] Ikan G.T - Hasil Memancing Tepian di Ban Pecah, Kuala Kurau

Jika nak tahu, spesies Hypostomus plecostomus ini adalah spesies yang dilarang dilepaskan di perairan Malaysia termasuklah di sungai-sungai. Ia diwartakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Maka, jika pemancing yang secara tidak sengaja mendapat ikan ini, ia tidak boleh dilepaskan kembali ke habitat.

Bagaimana Spesies Ini Boleh Membiak di Perairan Malaysia

Ikan Sungai Tidak Disukai Pemancing

Ikan Bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati.

Saya sendiri pernah membela ikan ini yang akhirnya mati.


Ikan Cuci Cermin atau Ikan Bandaraya ini memang sangat mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam). Anda bagilah apa jua makanan, semua disebat ikan ini.

Malah, menurut kajian, ikan ini juga mampu makan logam!

Ikan Tidak Disukai Pemancing Sungai di Malaysia

Ikan ini nampak cantik dan comel apabila saiznya tidak terlalu besar. Bila ia semakin membesar hingga memenuhkan ruang akuarium, ada yang bertindak melepaskan spesies ini ke perairan hatta larangan diberikan oleh Jabatan Perikanan.

Kerana mandiri tinggi, boleh hidup dalam ekosistem kotor, makan apa sahaja .. membolehkan ia membiak tanpa kawalan di sungai-sungai hingga menjejaskan kehidupan semulajadi yang ada di sesuatu tempat.

Bukan Ikan Target Untuk Sukan Memancing

Spesies Ikan di Malaysia Dilarang Untuk Dilepaskan

Dalam sukan memancing, ia bukan ikan target kerana ia tidak mempunyai daya lawan seperti ikan lain. Jika terkena pancing, ia mudah dinaikkan walaupun hakikatnya ikan ini sukar untuk ditawan - kerana sifatnya yang suka menyorok atau melarikan diri apabila terlihat kelibat orang lain.

Sebenarnya, isu ini pernah diketengahkan oleh rakan blogger saya, Innanie Ariffin di Twitter. Perkongsian beliau mengenai bahaya ikan Cuci Cermin atau ikan Bandaraya ini telah mendapat lebih 32 ribu kali ulang-ciap (retweet). Ia dikongsikan sekitar awal Februari 2019, malah saya sendiri pernah kongsikan senarai ikan yang tidak boleh dilepaskan (kembali) di perairan Malaysia untuk panduan pemancing.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sesuai dipanggil ikan majlis bandaraya.. habis dimakannya, tak kira telur ikan ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... macam2 nama .... dah banyak negara dijarahnya .. termasuk di negara seberang.

      Delete
  2. Longkang depan rumah di Perlis pun ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement