bisnes shopee
Anda tahu mengenai Rich Results Test yang disediakan oleh Google Search Console? Jika anda tak tahu, anda patut gunakan sekarang untuk menyemak sekiranya blog atau laman web anda lulus atau dengan kata lain 'eligible for rich results'.

Oopps .. apakah dia Rich Results ni? Apa kelebihan blog jika tersedia atau menepati apa yang diinginkan dalam Rich Results Test?

Semak Blog Anda Ketahui Eligible for Rich Results

Semak Blog Eligible Rich Results

Amnya, Rich Results ini adalah berkaitan dengan pengalaman pencari maklumat menggunakan Google untuk melihat isi konten yang ada dalam blog kita. Ini termasuklah karusel, imej dan elemen bukan teks lainnya seperti video di dalam blog post anda.

Katakan blog anda tersedia dengan Rich Results ini, makanya semua isi dalam konten akan dimasukkan ke dalam keputusan carian di Google (khasnya), berdasarkan kepada kata kunci atau jenis 'item' dalam post tersebut.

Misalnya blog saya, ia telah distruktur sebagai sebuah artikel, jadinya ... senarai artikel akan keluar seperti ditunjukkan di atas (lihat imej).

Untuk memastikan blog atau kandungan blog anda eligible for rich results ini, perkara paling penting ialah memastikan struktur data dalam blog adalah tepat dan memenuhi skema yang ada.

Jadi, bagi memastikan struktur data adalah tepat dan betul, bolehlah buat ujian ini secara online di sini - https://search.google.com/test/rich-results

Ujian tersebut akan hasilkan samada dua keputusan ini, lulus dengan tidak. Jika anda dapati blog anda tidak lulus, boleh sahaja buat pengubahsuaian dan pembetulan terus menerusi kotak koding yang disediakan.

Test for Eligible Rich Results
Test for Eligible Rich Results

Amnya, berikut adalah jenis-jenis struktur data yang boleh diimplementasi untuk menghasilkan keputusan yang tepat di dalam enjin carian:

  • AMP article
  • Article
  • Breadcrumb
  • Carousel
  • Course
  • Critic Review
  • Dataset
  • Employer rating
  • Estimated salary
  • Event
  • FAQ
  • Fact check
  • Guided recipe
  • How-to
  • Image License
  • Job posting
  • Job training
  • Local business
  • Logo
  • Movie
  • Product
  • Q&A page
  • Recipe
  • Review snippet
  • Sitelinks searchbox
  • Software app
  • Special Announcement
  • Video


Biasanya untuk blog, struktur data yang sering digunakan ialah jenis Article, Logo, Product, Recipe, Breadcrumb ... bergantung dengan niche blog tersebut. Boleh rujuk di sini - https://developers.google.com/search/docs/guides/search-gallery

Untuk memanfaatkan Rich Results ini, sepatutnya blog adalah lebih kepada konten yang khusus atau menjurus ke arah sesuatu topik sama seperti jenis atau kategori Rich Results tersebut.

Untuk menyemak samada blog anda eligible for rich results ini, boleh terus ke link berikut: https://search.google.com/test/rich-results

Buat rakan blogger yang tak pasti apa perlu dilakukan untuk perbetulkan struktur data, boleh sahaja dapatkan khidmat saya. In Sha Allah, masalah ini dapat diselesaikan.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Dah semak.
    Lulu's.
    Tapi loading dapat warning.

    ReplyDelete
  2. adoi tak lepas HH page loading isues katanya :(

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. saya punya:-

    Page is eligible for rich results
    All structured data on the page can generate rich results.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee