Sergah Anak Bantutkan Perkembangan Otak & Emosi Mereka

Siapa sini kerap dan suka sergah anak-anak - tak kiralah waktu tengah marah atau tengah tension. Tahukah anda tindakan anda itu hanya akan merencatkan perkembangan otak mereka. Ini adalah perkara yang saya sendiri baru sedar selepas membaca majalah Pa&Ma.

Memang biasa kita melihat segelintir ibu bapa yang akan sergah anak-anak mereka yang suka mengamuk, memberontak, memanjat, berlari-lari, menendang serta menjerit kerana tidak dapat apa yang dihajati.

Bahaya Perbuatan Sergah Anak - Boleh Akibatkan Perkembangan Otak Terencat

Bahaya Perbuatan Sergah Anak
Sebenarnya, apa yang kebanyakkan ibu bapa biasa buat kepada anak-anak mereka dengan sergahan adalah sesuatu perbuatan yang salah, dan boleh menyebabkan anak-anak ini terbantut daya perkembangan otak mereka.

Menurut apa yang saya baca, jangan sesekali sergah anak yang berumur 1 tahun. Anak itu akan terencat perkembangan akal dan emosi. Boleh dikatakan ibu bapa yang melakukan perbuatan itu, seolah menempah maut.


Begitu juga untuk anak berumur 2 tahun.

Bahaya Perbuatan Sergah Anak
Menurut perkongsian daripada Ibu Rose, seorang pakar kaunseling ...

Anak-anak berusia 2 tahun ini, hanya hendak sedarkan anda dia ada kehendak sendiri. Dia buat semua itu bukan kerana dia berakhlak buruk. Cuma dia hendak nyatakan kemahuannya. Kalau dia tidak buat begitu anda akan sibuk sahaja buat benda lain. Dia akan jadi wallpaper yang tidak disedari kewujudannya. Terutama jika pada usia ini dia sudah mempunyai adik-beradik.

Menurut Ibu Rose lagi, ini fasa individuating. Kena caranya setahun sahaja dia begitu. Bila masuk 3 tahun, dia sudah boleh belajar mengawal diri. Bukanlah terus, tapi sudah boleh sedikit demi sedikit.

Kerana pada usia ini, emosinya sudah lebih berkembang dan dia boleh merasai perasaan orang lain.


Anak yang asyik dijerkah dan disergah sejak kecil akan pendam apa yang dia inginkan. Sedar-sedar dia lakukan sesuatu di belakang anda. Dia tidak pandai dan berani menyampaikan keinginannya mahupun pendapatnya.

Jika dia jenis yang berdendam maka anak ini kelak akan menjadi seorang yang suka mengutuk dan mencaci di belakang, asalkan orang lain tidak nampak apa yang dilakukan. Apatah lagi di zaman ini, anak ini mungkin nanti menjadi seorang keyboard warrior .. yang cuba tahu meluahkan ketidakpuasannya menerusi laman sosial dan internet.

Bahaya Perbuatan Sergah Anak


Itulah salah satu sebab mengapa kita perlu bijak mendidik anak. Kita tidak mahu menghasilkan generasi yang nampak baik di luar saja. Bahaya perlakukan kita terhadap anak dengan menyergah dan jerkah mereka hanya untuk satu kesalahan atau kesilapan kecil.

Jom perbaiki diri kita sebagai ibu bapa. Rasanya boleh je ikut nasihat Ibu Rose agar menjaga mulut dan kelakuan kita sebagai ibu bapa agar tidak menyergah anak-anak kita, baik di rumah mahupun di depan khalayak.

Menurut Ibu Rose, jika kita mahu membina generasi yang berhati mulia, penyabar dan berjasa pada kita kelak, maka kita perlulah seperti itu terlebih dahulu.

In Sha Allah. :)

Post a Comment

0 Comments