Seringgit - Iklan Raya 2019 Terbaru dari Samsung

Ini best. Video iklan terbaru Hari Raya 2019 dari Samsung bertajuk Seringgit ni memang antara iklan raya tahun ni yang syok untuk ditonton berulang kali, sama seperti iklan raya 2019 daripada Petronas. Iklan raya dari Samsung ini berdurasi 6 minit 20 saat ini boleh dikategorikan sebagai filem pendek Raya tahun ni.

Ada banyak iklan raya best tahun ni, kalau anda ke YouTube, anda dah boleh saksikan semua iklan raya ini bermula dari 15 Ramadan lagi. Ada iklan raya sedih, lucu dan seram.

Iklan Raya 'Seringgit' - Selalu Benda-Benda Kecil Kita Ingat

Seringgit - Iklan Raya 2019 Terbaru dari Samsung
Seringgit adalah sebuah iklan Hari Raya 2019 dari Samsung yang menggamit kenangan pemberian duit raya bernilai seringgit. Ia adalah inspirasi dari kisah benar.

Dalam iklan raya Samsung ini, ia paparkan kisah seorang jejaka tampan bernama Haris yang teringatkan duit raya seringgit pemberian atuknya. Setiap tahun, atuknya akan memberikan duit raya sebanyak seringgit sehinggalah si atuk sakit.

Malah, di saat terlantar pun, atuknya memberikan duit raya sebanyak seringgit kepada Haris. Siap dah sediakan satu bekas khas terisi duit raya seringgit untuk hari raya akan datang.


Mesej daripada iklan Hari Raya 2019 dari Samsung ini jelas ..

Yang penting — keikhlasan hati.

Itulah pedoman yang Atuk wariskan kepada cucu-citiknya, suatu petunjuk kehidupan yang abadi walaubagaimana pun dunia berubah rupa, apa lagi dalam zaman di mana nilai seringgit tidak seberapa. Dan menerusi tradisi pemberian duit raya yang tersendiri, Atuk menjiwai jati Aidilfitri yang patut kita teladani, iaitu kekeluargaan dan kasih sayang yang tak kenal usia dan batas. Kerana benda-benda kecil seperti itulah yang kekal di memori.

Jom saksikan video penuh kisah Seringgit ini dari Samsung.


Selalu benda-benda kecik kita ingat. Betul kata Atuk Haris dalam video iklan Raya 2019 Samsung ini.

Bisnes Kambing

Post a Comment

6 Comments

  1. yes.. ikhlas itu paling penting

    ReplyDelete
  2. Blom tgk lg ikan ni..tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya dah siapkan senarai iklan raya 2019 best .. nanti saya akan update dan publish.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com