Akibatnya graf statistik trafik atau PV dalam dashboard blogspot menunjukkan kepelikan yang ketara. Punca? Memang saya tak tahu dan tak dapat nak jejaki.
Trafik Mencanak Tiba-Tiba, Merekodkan Lebih 50K PV Sehari
Pun begitu, dashboard di Google Analytics tidak menunjukkan trafik mencanak ini, malah .. apa yang direkodkan ialah penurunan trafik bermula dari hujung minggu November 2018.Saya bukan apa, timbul kerisauan yang kedatangan trafik ini disebabkan oleh software atau laman web yang tidak sepatutnya. Penggunaan software untuk menaikkan trafik sesebuah blog atau laman web memang sangat bahaya terutama dari segi indikator SERP/SEO.
Google akan menyelidik sumber trafik yang boleh dikatakan abnormal ini. Dan paling saya risau, apabila Google flag blog saya menerima trafik secara tidak sah, yang pastinya nanti akan menggugat ranking blog ini di enjin carian.
Memang ada beberapa software yang boleh menaikkan trafik secara mendadak ini.
Ia satu cara yang salah dan kalau blog anda menggunakan platform Google Adsense untuk meraih pendapatan, ia boleh dianggap telah melanggar terma dan syarat Adsense.
Itu yang saya risau. Apatah lagi, Adsense sekarang sudah semakin proaktif memeriksa blog yang menggunakan Adsense ini. Blog ini pun dah beberapa kali diberikan amaran berkaitan kandungan blog yang melanggar terma Adsense. Nasib baik, akaun Adsense saya tidak kena disable ... macam dulu-dulu tu. Kalau tak, jenuh weihh nak merayu.
Jadi, memang saya risau apabila trafik blog tetiba naik macam roket ... lepas tu turun pun macam roket terhempas ... bahaya untuk SEO.
Anda ada blog yang menerima trafik macam ini tak? Tetiba naik .. lepas tu .. krik .. krik ..krik?
Mungkinkah ia satu serangan dari pihak luar untuk menjatuhkan keupayaan blog ini untuk berada di ranking terbaik enjin carian?
Err .. saya tak tahu, tapi memang saya risau ia akan beri kesan negatif dalam jangkamasa panjang.
Betul Tn HH..lagi satu apa yang tercatat pada PV di dashboard...dan Google Analytic tidak sama PV nya..PC yang tak mahir bab ini rasa janggal.
BalasPadamHarap nya takda kesan negatif la kepada blog sifu. InshaAllah :)
BalasPadamAsdalam Sifu HH. Doa banyak2 kita berblog niat untuk kebaikan. Yang saya tahu aktif buat entri dan kerap akan menjadikan blog kita naik graf. Blog HH sangat terkenal ramai klik kerana sumber terbaik di blog ni. Semoga baik2 saja, Etuza turur rasa risau..selepas baca walaupun Etuza tak ada adsen.wangkan blog
BalasPadamtegok graf ..wow!! terlalu tinggi tuan HH..terbaik. Etuza suka bab graf ni sebenarnya..bukti blog kita digemari.
BalasPadamKinah pun ada terima jugak trafik naik mencanak ni. Risau jugak ni bro HH.Harap takde apa-apa la kan
BalasPadamoo.. bahaya pulak ya. tq info
BalasPadamAssalamualaikum HH...betul la beberapa hari ni trafik blog naik mencanak...risau juga ni x tahu apa puncanya...
BalasPadampernah jugak naik mencanak tapi dari israel spam la tu kan,, tapi ini pertama kali dengar boleh guna software nak naikkan trafikk fuhh.. harap blog tuan x de apa2 lah
BalasPadamoh.. saya pun terima juga kes yang sama.. terkejut beruk bila tengok PV mencanak gitu.. mula-mula seronok tapi bila fikir balik macam ada yang tak kena je.. hee~
BalasPadamLaaa ramai jugak kena ye.. pelik juga tbe2 naik berganda2.. padehal xde update pon berapa hari ni.. pastu tinggi dari USA. Menyeramkan pulak..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.