Thursday, February 22, 2018

Lagu Dikir Puteri, Persembahan Pathita & Saran Dalam The Voice Thailand Jadi Viral

Saya bukanlah peminat tegar rancangan realiti TV. Tetapi bila dapat tahu ada lagu rentak tradisional Malaysia dinyanyikan oleh salah seorang peserta The Voice Thailand, saya terus nak tahu. Uishh .. lagu Dikir Puteri yang sebelum ini dinyanyikan oleh Noraniza Idris, menjadi lagu pilihan peserta The Voice Thailand musim 2018!

Lagu Dikir Puteri, Persembahan Pathita & Saran Dalam The Voice Thailand Jadi Viral

Lagu Dikir Puteri Dalam The Voice Thailand
Anda dah tengok video Dikir Puteri dalam The Voice Thailand? Saya baru je tengok video persembahan lagu Dikir Puteri ini yang ditayangkan dalam siri The Voice Thailand. Video persembahan oleh peserta The Voice Thailand, Pathita & Saran telah dimuat-naik ke laman YouTube pada 11 Februari 2018.

Video terus jadi viral dan trending. Perghh memang mengujakan betullah. Saya tak expected langsung persembahan peserta The Voice Thailand, Pathita & Saran ini menarik perhatian.
[post_ads]
Bukan saya je yang tertarik, tapi ramai lagi yang dah tonton video persembahan ini yang kini dah capai lebih daripada 4 juta tontonan (setakat ini).

Apa Bestnya Lagu Dikir Puteri dalam The Voice Thailand?

The Voice Thailand 2018
Tak pasti apa kelebihannya.

Adakah kerana lengok pelat menyempurnakan lirik lagu Dikir Puteri?

Atau kerana persembahan bertenaga sepertimana pernah dibuat oleh Noraniza Idris?

Atau kerana ada rap dalam lagu Dikir Puteri dalam bahasa Thailand?

Saya dua kali tengok. Serius. Saya dah tengok ulang sebanyak dua kali sebelum saya tulis post ini berkongsi pendapat dan info ini yang mungkin tak ramai yang tahu. Yelah, bukan semua orang tengok rancangan dari Thailand ini .. huhu.

Reaksi Netizen Positif

Persembahan Pathita & Saran, Dikir Puteri dalam The Voice Thailand 2018
Kalau anda tengok persembahan lagu Dikir Puteri dibawakan oleh peserta Thailand ini, saya pasti akan ada rasa bangga. Yelah, lagu Dikir Puteri .. sebuah lagu yang boleh dikatakan bertaraf lejen. Walaupun ia dibawakan dengan pertuturan pelat, ia masih mampu memikat dan mendapat komen menarik daripada juri pertandingan The Voice Thailand.

Malah, kebanyakan netizen dari Malaysia juga memberikan komen yang baik kepada persembahan Pathita dan Saran ini.

Berpakaian kebaya cantik serta baju Melayu segak, persembahan mantap duo peserta The Voice Thailand ini turut diperkuatkan dengan Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand.

Video Persembahan Dikir Puteri Dalam The Voice Thailand 2018

Tak tengok lagi? Meh layan .. dah lebih 1.4 juta views di YouTube!

[post_ads_2]

Lagu Dikir Puteri, Persembahan Pathita & Saran Dalam The Voice Thailand Jadi Viral Hasrul Hassan 4.5 of 5
Saya bukanlah peminat tegar rancangan realiti TV. Tetapi bila dapat tahu ada lagu rentak tradisional Malaysia dinyanyikan oleh salah seorang...

Artikel Terkait

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

3 Komen

Seronok kan tengok persembahan mereka dalam Dikir Puteri ni. Bila orang luar hargai seni tempatan, memang bangga rasa. Ye kan?

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon