Arwah abah saya dulunya adalah seorang pengembala kambing. Kambing milik orang, cuma ambil upah menjaganya sahaja. Bukan mudah nak menjaga kambing, apatah lagi menternaknya. Cabaran terhebat ialah untuk memastikan kambing-kambing ini masuk ke dalam kandang pada waktunya. Baru-baru ini, viral tentang seorang lelaki di utara Semenangjung yang gunakan kaedah unik untuk panggil kambing ternakannya masuk ke kandang dengan mudah.

Kambing ini kalau diajar, in Sha Allah mudah mendengar arahan. Kata arwah abah saya dulu, kalau nak jaga kambing, kena sentiasa sabar dan tak boleh marah-marah dengan kambing. Kalau kita suka marah kambing, nanti kambing akan jadi degil.

Kaedah Unik Panggil Kambing Masuk Kandang

Kaedah Unik Panggil Kambing Masuk Kandang
Kambing ni mudah nak kenal suara gembalanya. Itu sebab kalau kita tengok gembala kambing ni tak sukar nak menjaga, dan selalunya seorang gembala akan jaga satu kumpulan kambing dalam 10 hingga beberapa puluh ekor. Dan dalam kumpulan kambing ni, selalunya dari satu 'keluarga' yang besar.

Jika nak memanggil kambing, perlu gunakan intonasi suara yang tertentu, dan gunakan juga perkataan-perkataan tertentu yang di luar kebiasan kita bercakap atau bersembang. Gunakan perkataan yang khas untuk panggil kambing tersebut, dan sebut secara berulangan.

Nak membolehkan haiwan ternakan seperti kambing dengar cakap kita, kena mulakan kaedah memanggil dengan perkataan tertentu sejak dari ia kecil atau pertama kali ia mengenali kita sebagai penjaganya.

Macam pokok buah-buahan yang kita mahu ia berbuat lebat, seringkalilah berbual dengan kambing supaya mesra. Apa-apa haiwan ternakan, memang perlu dilayan baik supaya mudah untuk dijaga.

[Klik] Rahsia dan Panduan Ternak Kambing

Apa yang saya sebutkan di atas adalah antara teknik yang diguna-pakai untuk kaedah unik memanggil kambing masuk ke kandang. Ia teknik yang memang terbukti berkesan, sama kaedah unik yang digunakan oleh Ahmad Zaidi, seorang penternak kambing di utara Malaysia .. untuk panggil kambing masuk kandang.

Meh tengok video di bawah ini ..

Kaedah Unik Latih Kambing Mudah Masuk Kandang


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement