Diari Ramadhan Opah - sebuah filem pendek Raya 2017 daripada Yeo's Malaysia. Siapa yang ikuti page syarikat ini di Facebook, tentu dah tonton beberapa kali kan? Ia sebuah filem pendek sempena Hari Raya 2017.

Filem pendek Raya 2017 "Diari Ramadhan Opah" ini cukup nostalgia. Ya, kalau ikut realiti, jarang ada opah yang tulis diari ni. Arwah Opah saya, setahu saya memang tak ada diari, uhh .. menulis rumi memang tak pandai, tapi in Sha Allah, tulisan jawi arwah tahu juga sedikit sebanyak tu.

Diari Ramadhan Opah - Filem Pendek Hari Raya dari Yeo's Malaysia

Diari Ramadhan Opah - Filem Pendek Raya 2017
Diari Ramadhan Opah - Filem Pendek Raya 2017
Saya tertariklah juga dengan iklan Raya 2017 daripada Yeo's ini. Ada sentimental value sebab ia gunakan karektor Opah yang sememangnya popular di negeri Perak. Opah adalah nenek - kalau-kalau ada yang tak berapa faham .. huhu.

Filem pendek raya ini mengisahkan sebuah keluarga Mak Senah yang baru sahaja pulang ke kampung di bulan Ramadhan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Nak dijadikan cerita, salah seorang cucu telah terjumpa sebuah diari di dalam laci.

Diari tersebut kepunyaan Opahnya iaitu Mak Senah.

Serius. Mula je dari sini, saya ingatkan Mak Senah tu dah meninggal dunia, yang memungkinkan filem raya ini sebuah filem sedih, tapi .. ehh ..

Si cucu ini pun bukalah diari tersebut, dan bacalah apa yang tertulis di dalamnya di hadapan adik beradik dan sepupu-sepupunya. Ayah dan ibu, iaitu anak kepada Opah pun turut mendengar apa dibacakan oleh cucu.

Dialog pertama ... "Diari ini kepunyaan Mak Senah"

Lalu dibacakan lagi oleh cucu Mak Senah.

Kisah pertama mengenai mesin basuh. Terkekek-kekek cucu Mak Senah bila dengar catatan diari Mak Senah pasal pertama kali guna mesin basuh yang canggih. Mesin basuh ni diberikan Along.

Kisah kedua pasal Mak Senah dapat periuk nasi baru selepas kejadian masak nasi hangus. Periuk nasi ni pula diberikan oleh Angah. Tapi malangnya Mak Senah takut nak pakai sebab bila pertama kali masak nasi guna periuk ni, rumahnya blackout .. lalu tak dapatlah bersahur makan nasi ...

Kemudian kisah ketiga, anak-anak Mak Senah belikan sebuah TV besar, niat mereka supaya emak mereka (Mak Senah) tidak terasa sunyi. Bila ada TV, tak sunyilah hidup Mak Senah di kampung. begitulah harapan anak-anak Mak Senah .. tapi ...
"Hidup mak memang dah lama sunyi .." catat Mak Senah dalam diarinya.
Semua orang senyap dan terdiam bila catatan diari Opah ni dibaca. Sedih.

Selepas tu ...

Tonton Versi Penuh Filem Pendek Raya 2017 "Diari Ramadhan Opah"

Aha .. anda kena tonton filem pendek Raya 2017 ni dari mula sampai habis, untuk tahu apa yang berlaku selepas tu.


Dah tahu ending filem raya 2017 ni tak? Ada rasa sayu tak sikit-sikit selepas tonton sampai habis? Aha .. skarang anda sudah tahu apa mesej cuba nak disampaikan dalam iklan raya ini kan?

Ya, bertemu dan berjumpa ibu bapa di kampung bukanlah dilakukan sekali dalam setahun. Kena faham perasaan ibu bapa di kampung, yang sebenarnya sangat-sangat rindu pada anak-anak. Keraplah bertemu dan berjumpa selagi masih ada kesempatan ini ye.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nk tgk la iklan ni nnti..
    slalu time raya excited nk tgk iklan raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klik je video iklan di atas tu .. leh la tengok online .. hehehe

      Padam
  2. Best-best. Filem pendek time nak raya ni. Semua best.

    Thanks sharing.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement