Ada yang cari 'Cara Memohon Kad Diskaun KTM i-Card Pelajar Secara Online?'. Baik, saya akan kongsikan langkah-langkah mudah untuk buat pendaftaran dan mendapatkan kad diskaun KTM ini yang dikhususkan untuk pelajar warganegara Malaysia.
Anda boleh memohon KTM i-Card Pelajar ini secara online menerusi dua cara. Iaitu samada menerusi laman web KTMB atau menggunkan aplikasi mudah alih KTM iaitu KITS. Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma.
Jika tanya saya, cara paling mudah untuk dapatkan diskaun tambang KTM ialah terus menggunakan aplikasi KITS sahaja. Bukan setakat boleh memohon konsesi diskaun untuk pelajar, tetapi juga untuk pesara tentera, OKU, pesara kerajaan, anggota polis, warga emas dan beberapa kategori lain.
Mohon i-Card Pelajar Untuk Diskaun Tambang KTM
Jika tanya saya, cara paling mudah untuk dapatkan diskaun tambang KTM ialah terus menggunakan aplikasi KITS sahaja. Bukan setakat boleh memohon konsesi diskaun untuk pelajar, tetapi juga untuk pesara tentera, OKU, pesara kerajaan, anggota polis, warga emas dan beberapa kategori lain.
Permohonan KTM i-Card ini disediakan untuk pelajar samada anda merupakan seorang pelajar sekolah menengah, pelajar kolej, pelajar IPT, samada ambil program sijil, diploma, sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran (PHD).
Diskaun diberikan adalah untuk ETS atau perkhidmatan KTM Antarabandar. Anda boleh dapat diskaun sehingga 40%! Malah untuk sesetengah perayaan atau event, boleh dapat lebih banyak kelebihan.
Ada mata ganjaran diberikan menerusi aplikasi KITS ini!
Oh ya, bermula 2018 pemohon KTM i-Card akan menggunakan KTM i-Card “Virtual Card” yang lebih cepat, mudah dan dapat menikmati keistimewaan kad dengan segera. Maka, memang kena ada aplikasi KITS dalam telefon lah!
Cara Memohon KTM i-Card Pelajar Menerusi KITS
Sewaktu isteri saya masih lagi belajar di Universiti Malaya untuk program Master, nak daftar untuk dapatkan KTM i-Card ini kena isi borang. Sekarang, anda boleh daftar dan mohon konsesi menerusi laman web KTM atau aplikasi KITS (pilih mana-mana).
Jika anda pertama kali menggunakan perkhidmatan KTM secara online, anda perlu mendaftar dahulu dengan mengisi butiran peribadi seperti email (untuk login), nama, nombor kad pengenalan serta nombor telefon (sebaiknya yang akan didaftarkan sama menerusi aplikasi KTM).
Setelah pendaftaran berjaya, barulah anda login semula ke laman web untuk permohonan konsesi yang disediakan termasuklah KTM i-Card ini. Permohonan kad KTM i-Card Pelajar secara online boleh dilakukan menerusi pautan berikut
Menerusi Laman Web KTMB Online
Setelah pendaftaran berjaya, barulah anda login semula ke laman web untuk permohonan konsesi yang disediakan termasuklah KTM i-Card ini. Permohonan kad KTM i-Card Pelajar secara online boleh dilakukan menerusi pautan berikut
Untuk muat-turun aplikasi KITS boleh ke link berikut:
[+] KITS Online
Aplikasi online tempahan tiket dan permohonan konsesi atau diskaun tambang ETS/Antarabandar ini dikenali sebagai KITS Style
Bayaran Dikenakan
Untuk permohonan KTM i-Card, anda akan dikenakan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM33 untuk setahun, dan perlu mengemukakan dokumen pengesahan sebagai pelajar. Pembayaran pula boleh dilakukan menerusi online banking.
Menerusi laman permohonan kad KTM i-Card secara online ini juga, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk carian.
Maklumat Pendaftaran KTM i-Card Yang Diperlukan
Selain itu, anda juga perlu kemukakan maklumat berkaitan tempat belajar anda samada anda seorang pelajar sekolah mahupun pelajar dari IPTA, IPTS atau kolej. Dan anda juga diminta untuk menyediakan maklumat pensyarah atau guru untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan anda sebagai pelajar.Menerusi laman permohonan kad KTM i-Card secara online ini juga, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk carian.
Secara amnya, cara-cara memohon diskaun atau konsesi ini adalah:
- Konsesi i-Card pelajar boleh dipohon melalui laman web https://online.ktmb.com.my/ atau melalui aplikasi Mudah Alih KTMB.
- Bagi pelajar 18 dan ke atas, sila lampirkan surat pengesahan pelajar daripada KTMB. (Sila rujuk terma & syarat muka surat 7 lampiran 4). Rujuk sini - https://bit.ly/4gp9II9
- Setiap penerima konsesi atau diskaun, seperti Warga Emas, OKU, Pesara, atau pelajar perlu mendaftar akaun KITS terlebih dahulu dan kemudian memohon konsesi mengikut kategori masing-masing.
- Log masuk ke akaun KTMB.
- Klik Profil
- Klik 'konsesi'
- Pilih jenis konsesi anda.
- Anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Kelulusan mengambil masa 1-3 hari bekerja.
- Satu akaun KITS menggunakan satu alamat e-mel untuk seorang penama. Tidak boleh berkongsi akaun.
- Untuk pembelian dalam talian di bahagian "Butiran Penumpang", sila klik "Saya Mengembara". Kemudian, tukar jenis tiket sebelum membuat pembayaran. Tiket konsesi hanya tersedia untuk pembelian menggunakan akaun individu sahaja.
Jangan lepaskan kelebihan ini untuk mendapatkan harga tambang murah diskaun 50% daripada KTM. Serius ia sangat menjimatkan .... lagi-lagi untuk pelajar yang sering berulang-alik atau sering pulang ke kampung halaman.




Siapa yang nak diskaun tambang keretapi, boleh apply
BalasPadamBERAPA LAMA MASA DI AMBIL UNTUK TERIMA KAD TERSEBUT?
BalasPadamKini aplikasi KTMB Online dikenali sebagai KITS Style. Ia adalah aplikasi mobile mudah untuk tempahan online tiket ETS selain permohonan untuk dapatkan kad pelajar dan diskaun konsesi ETS
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.