Secara jujurnya, tangan saya belum lagi menyentuh phablet ni. Untuk info, phalet adalah seperti telefon pintar tetapi dengan saiz yang lebih besar dari telefon pintar tetapi kecil sedikit daripada peranti tablet. Secara amnya, phablet adalah sebuah peranti dengan skrin yang bersaiz antara 5 - 7 inci.
5 Perkara Best Dilakukan Menerusi Microsoft Wise Pad W7

Mari lihat senarai lima perkara tersebut, mana tahu ... ia juga akan menjadi pilihan untuk anda.
Kemaskini Blog
Sebagai blogger sepenuh masa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kemaskini kandungan blog agar terus mendapat kunjungan daripada pengunjung. Trafik adalah penting untuk blog. Jadi, dengan menggunakan W7 ini, saya boleh kemaskini atau update blog saya di mana sahaja dengan mudah - samada secara online atau offline. Jika online, boleh terus buka dashboard blogspot saya, dan jika offline, saya boleh draftkan artikel atau blog post saya dalam Microsoft Office terlebih dahulu.
Membaca Ebook Pilihan


Release Stress Dengan Video dan Game

Peranti Microsoft Wise Pad W7 dihidupkan dengan kuasa pemproses Qualcomm 1.3GHz MSM8909
[Promosi] Peranti Microsoft Wise Pad W7 Boleh Ditempah dengan Harga Pengenalan RM599 (Asal RM999). Terhad. Percuma screen protector dan casing premium untuk 1000 tempahan terawal.
Menguruskan Kerjaya Blogger
Nak upah Personal Assistant (PA) setiap bulan memang tidak mampu. Nak harapkan diri sendiri, kadang boleh terlupa. Jadi, dengan adanya W7 ini .. sedikit sebanyak saya boleh urus kerjaya sebagai blogger dengan lebih baik. Ia ibarat planner bergerak yang mudah untuk saya kemaskini mengenai aktiviti dan keperluan kerjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa. Apatah lagi andai ada kerja seperti advertorial atau post berbayar yang perlu menepati dateline tertentu. Kalau tidak diingatkan, silap haribulan .. saya pula yang kena bayar kepada advertiser .. haha.Menjadi Blogger Up-To-Date
Cabaran menjadi seorang blogger bukan lagi seperti dulu. Saya perlu bersaing dengan ramai blogger hebat di Malaysia yang sering mencari sumber untuk ditulis di dalam blog. Adalah sangat penting bagi saya menjadi seorang blogger yang peka dengan keadaan, situasi dan cerita semasa. Apatah lagi, internet khususnya laman sosial ada sahaja cerita dan kisah yang menjadi viral yang memerlukan pencerahan dan sedikit ulasan. Al maklumlah, kadang ada pembaca yang mudah sangat percaya dan mislead dengan apa yang dipaparkan.
Awesome Tak 5 Perkara Pilihan Yang Boleh Dilakukan oleh Wise Pad W7?
Yeah .... itulah lima perkara paling best yang boleh saya fikirkan apabila menggunakan Microsoft Wise Pad W7 ini. Ia mungkin pilihan biasa ... tetapi sangat penting bagi seorang blogger sepenuh masa seperti saya. Pada orang lain, mungkin W7 lebih daripada apa yang saya paparkan ini. Yelah, setiap satu peranti itu adalah berkait rapat dengan lifestyle.. dan saya fikir, apa yang disediakan oleh peranti Microsoft ini adalah sangat sesuai dan best bagi diri saya - sebagai blogger dan juga house husband.Oh ya, sebagai tambahan .. peranti W7 ini juga dilengkapi dengan kamera auto fokus 5MP dengan flash di bahagian belakang dan juga kamera 2MP di bahagian depan. Manakala keboleh-harapannya adalah bergantung dengan bateri 3200mAh, yang saya fikir boleh menghidupkan peranti ini agak lama dalam mode siap-sedia.
Microsoft Wise Pad W7 kini boleh didapati dengan harga cukup menarik di Lazada.com.my ... untuk tempoh terhad sahaja ye. Kalau berminat nak mendapatkan peranti ini, dan melakukan segala perkara best dengannya, boleh klik pada banner di bawah ini.
Video Microsoft Wise Pad W7 - Phablet Pertama Asia Pasifik dengan 4G LTE
Mahu tahu lagi? Boleh tonton video mengenai peranti ini - Microsoft Wise Pad W7 di bawah:Mengujakan? Mahu jadi antara yang pertama di Asia Pasifik menggunakan peranti ini? Pastikan anda mendapatkannya dengan tawaran harga terbaik di Lazada Malaysia.
Untuk tempahan, boleh klik pautan ini - Promosi RM599 Lazada Malaysia .. tersedia eksklusif untuk anda.
This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY Blogger Contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and Shopcoupons.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.