Jana Income 4 Angka Menerusi Blog Perlukan Kesabaran
Banyak contoh dan bukti yang boleh saya berikan untuk tunjukkan betapa kesabaran itu penting kalau nak buat duit online menerusi blog. Saya sendiri sudah bercerita lebih daripada 10 entri berkaitan perkara ini. Walaupun buat duit menerusi blog adalah antara cara termudah menjana income sampingan, tetapi anda memerlukan usaha, iltizam dan kesabaran untuk mencapainya.Dan ... paling penting ialah anda mesti ada ilmu dan pengetahuan tentang cara-cara menjadikan blog anda sebagai sumber kewangan secara konsisten setiap bulan walaupun ia sekadar pendapatan sampingan. Ilmu adalah penunjuk jalan. Jika anda tiada ilmu dan pengetahuan mengenai perkara ini, benda yang sepatutnya menjadi mudah akan terasa sukar. Malah lebih sukar dari apa yang anda jangkakan.

Buat Blog Bukan Sekadar Jana Income
Buat blog sendiri adalah bukan sekadar menjana income. Bagi kebanyakkan blogger yang mempunyai pendapatan tetap dan bekerjaya; income dari blog dianggap sebagai satu bonus hasil perkongsian kisah, cerita, tips, informasi dan sebagainya. Namun, untuk blogger sepenuh masa seperti saya, income dari blog adalah merupakan sumber pendapatan online yang penting setiap bulan.Saya mengambil masa lebih daripada 3 tahun untuk mempuyai blog-blog yang mantap yang memberikan income setiap minggu dan setiap bulan. Ia bukan kerja yang mudah, hatta di sebalik membuatnya hanya ambil masa kurang dari 10 minit. Namun, untuk menjadikan sesebuah blog itu memberikan apa yang kita nak; ia memerlukan masa lebih dari itu.
Sebagai seorang blogger, selain kesabaran ... anda memerlukan untuk melakukan banyak pengorbanan terutama dari segi dunia sosial realiti anda, dan juga masa. Masa merupakan 'musuh' dan 'sahabat' untuk merealisasikan apa yang saya sebut di awal tadi, iaitu menjana income 4 angka menerusi blog.
Seandainya anda tidak dapat bersabar dengan masa, anda mungkin gagal dan tersungkur.
Perkara penting untuk menjana income 4 angka menerusi blog ...
- Kesabaran
- Iltizam
- Usaha
- Pengorbanan