Sebuah blog juga boleh kelihatan cantik serta menarik jika blogger pandai menyesuaikan rekabentuk dan warna blog dengan jenis font yang digunakan. Ada 1001 macam jenis font yang boleh digunakan untuk penampilan sebuah blog blogspot. Dan hampir kesemua jenis font yang menarik ini boleh dijumpa menerusi Google Fonts.
Cara Nak Gunakan Google Fonts Dalam Blogspot

Saya sendiri menggunakan Google Fonts untuk blog-blog saya. Antara jenis font yang saya fikir menarik untuk dicuba ialah Roboto, Slabo, Lato, Oswald, Droid Sans, Railway dan Ubuntu. Itu hanyalah sebahagian daripada beberapa jenis font yang saya anggap unik, menarik dan terkini.
Cara-Cara Cantikkan Blog Dengan Menggunakan Google Fonts
Menerusi entri ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mendapatkan jenis fonts yang menarik dari Google Fonts, dan implementasikan untuk blogspot anda. Mudah sahaja, hanya ikuti langkah-langkah di bawah untuk tampilkan kelainan blog anda dari segi jenis tulisan yang super duper awesome. Seriusli ... hoho.Apa yang pertama sekali anda perlu buat ialah memilih fonts kesukaan yang menarik perhatian anda. Pilih fonts yang sesuai dengan blogspot anda di sini - Google Fonts.


Anda boleh memilih pelbagai jenis font ikut kesesuaian, seperti saiz, tampilan dalam bentuk ayat, tampilan dalam bentuk perenggan, rupabentuk dalam jenis sendeng atau bold, dan pelbagai lagi. Menerusi Google Fonts, anda boleh lihat beberapa variasi sesuatu jenis font tersebut dengan mudah - bermakna anda hanya gunakan satu jenis font tetapi divariasikan ikut kesesuaian anda.
Pastikan anda review setiap jenis pilihan font yang telah memikat hati anda. Lihat variasinya dalam keadaan bold, sendeng, saiz; paparannya jika ditulis dalam bentuk perenggan dan sebagainya. Hanya pilih 1-2 jenis font yang anda fikir sesuai untuk blog anda. Jangan pilih terlalu banyak jenis font kerana ia akan membuatkan loading blog jadi berat.
Untuk memilih font yang sesuai, klik butang biru Add to Collection.


Setelah selesai membuat pilihan jenis Google Fonts yang anda mahu gunakan dalam blogspot anda, klik butang Use. Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah ini.

Apabila dah selesai. Skroll ke bahagian bawah dashboard berkenaan, dan anda akan nampak dua kod HTML diberikan kepada anda. Satu merupakan script jenis font yang telah anda pilih, dan satu lagi adalah CSS untuk font tersebut. Masukkan dua-dua kod HTML/CSS tersebut dalam template HTML blogspot anda seperti diminta.

Sebagai panduan, masukkan kod yang tertulis link href itu dalam bahagian head blogspot anda. Dan kod kedua iaitu kod CSS diletakkan dalam bahagian CSS blogspot anda. Selesai.
Save template blogspot anda, dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba.
great sharing :)
BalasPadamgud sharing...
BalasPadamthanks sharing uncle HH :)
BalasPadamPG da pakai theme kemarin :D
terbaik, terima kasih atas ilmunye...saye sendiri banyaknye la tak reti pasal blog huhu...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini. Boleh nak cuba juga.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.