Sebenarnya telah ramai blogger Malaysia berjaya dalam cara mereka tersendiri. Mereka ni senyap-senyap je, tak poyo macam saya ni. Mereka blogger underground yang dah lama jebakkan diri dalam dunia online ni. Mereka tak 'berwajah'. Mereka tak suka gah-gah bermegah. Diam-diam mereka kecapi kejayaan, diam-diam mereka buat blog yang telah berikan sesuatu buat diri dan keluarga.
Ok. Berbalik kepada nasihat untuk menjadi seorang blogger berjaya. Saya nak guna ayat sendiri memang terasa tak layak, jadi saya ambil quote yang boleh digunapakai untuk menjadi seorang blogger berjaya, malah ia merupakan tips terbaik untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang diceburi.
12 Perkara Yang Sering Dilakukan oleh Orang Berjaya
Mahu jadi blogger berjaya?Cuba anda tengok 12 perkara di atas yang dilakukan oleh orang berjaya, dan sekarang muhasabah diri dan lihat apa pula tindakan yang kita sering lakukan dalam hidup.
12 Nasihat Menjadi Seorang Blogger Berjaya
Orang berjaya akan cipta dan berusaha gigih untuk capai matlamat. Blogger yang mahu berjaya perlu ada matlamat dalam dunia blog, bukan sekadar buat blog hanya menulis sesuatu yang kosong tanpa erti tertentu.Orang berjaya akan bertindak pantas dan membuat keputusan tanpa ragu. Blogger juga perlu bertindak pantas, apatah lagi jika seorang blogger itu mahu mendapat tempat terbaik di dalam Google.
Produktif. Tiada alasan untuk anda sebagai blogger kemaskini dan update blog anda. Pengunjung dan pembaca blog anda dahagakan cerita dari anda. Jangan kecewakan mereka. Pastikan paling tidak seminggu akan ada post-post terbaru diterbitkan. Tips saya, satu hari satu post!
Berfikiran logik tetapi berfakta. Blogger mesti terbitkan entri yang logik dan punyai fakta. Bukan sekadar menulis atas benda yang tidak pasti. Jika berkongsi sesuatu kena ada sumber yang boleh dipercayai.
Tiada benda yang cukup sempurna. Pasti akan ada lompang salah dan silap. Belajarlah dari kesilapan dan kesalahan ini untuk menjadi lebih baik. Ada blogger yang terlalu mencuba sehingga memerangkap diri dalam kesempurnaan yang tidak tercapai.
Jangan takut mencuba sesuatu yang anda kurang pasti. Ilmu ada di mana-mana, carilah dan dapatkan ia. Bila dah dapat, cuba .. jangan biarkan ia berlapuk dalam akal fikiran. Keluarkan diri dari zon selesa diri. Anda perlu mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan anda. Ramai blogger terbiasa dengan keselesaan sendiri, termasuklah diri saya.
Simple. Selalunya benda yang ringkas inilah yang memberikan satu kejayaan buat blogger. Anda tidak perlu template blog yang rumit. Template yang ringkas tetapi mantap isi kandungan adalah terbaik.

Perbaiki diri secara konsisten. Perbaiki persembahan blog dari sehari ke sehari. Tak perlu perubahan drastik yang mengejutkan. Ada kala benda yang kecil boleh berikan impak yang besar. Saya percaya benda ni dan saya melakukannya setiap hari. Orang mungkin tidak perasan, tetapi teknik inilah yang buatkan blog saya kekal bertahan sehingga ke hari ini.
Anda mungkin terfikir mengapa saya ambil berat mengenai Alexa rank, mengenai trafik, mengenai jumlah komen, mengenai kedudukan dalam Google, mengenai pagerank, mengenai nilai dalam blog saya. Ia adalah penanda aras, ia adalah progress, untuk lihat sejauh mana saya boleh berikan yang terbaik.
Blogger Malaysia yang mahu berjaya perlu ada sikap positif. Penting! Dunia blog Malaysia ada ranjau dan durinya tersendiri. Silap langkah memang sakit, tetapi percayalah kalau tak ada sakit itu; anda takkan tahu betapa manisnya akan sihat, tak akan tahu betapa hebatnya kejayaan, hatta ia sekecil kuman di lautan.
Mahu berjaya? Pandang kiri dan kanan. Bergaullah dengan mereka yang ada aura kejayaan ini. Bergaullah dengan mereka yang ada nilai positif dalam diri. Bersahabatlah dengan mereka yang jiwanya bersih dan bermotivasi dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Hidup perlu seimbang. Kita bukan kejar benda dunia sahaja tetapi juga perkara-perkara yang dijanjikan Tuhan selepas dunia ini. Kita bukan kekal lama hidup, tiba masa kita akan mengadap illahi, tiba masa kita akan pergi meninggalkan dunia. Apa yang kita buat perlu seimbang, dunia dikejar akhirat dituju.
Semoga paparan dan perkongsian ini sedikit sebanyak suntik semangat anda untuk menjadi blogger berjaya, in Sha Allah satu hari kelak.
thanks for sharing
BalasPadamPerkongsian yang baik...panduan untuk saya..terima kasih HH :)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.. Akan LeYa semadikan dalam diri untuk menjadi seorang blogger berjaya mcm abg HH.
BalasPadamterima kasih sifu HH atas perkongsian hebat ni.. :)
BalasPadamThanks sharing..tengah berusaha menjadi blogger yang berjaya insyaallah..
BalasPadamwah tips terbaik ni, bagi etuza..terpulang pada teman maya melihat blog kita genre apa, lebih paparan gambar atau pengalaman..pun etuza akan sisipkan sedikit motivasi..value yang beri rasa pembaca untuk berfikir..dengan niat semoga ada hikmah. Blog kosong pun penuh penulisan yang menarik pasti juga melatop. hebat tu aura penulisan yg terbaik. TQ HH jadi panduan ni ya...
BalasPadamterima kasih atas nasihat...insya Allah, akan cuba aplikasi apa yang diturunkan...^_^
BalasPadamNice sharing.. saya blogger baru
BalasPadammasih belajar sesuatu.. terima kasih
Thanks for the tips bro.
BalasPadamThanks for sharing ;)
BalasPadamsmpi ke hari ini saya masih belum mampu nak buat satu post satu hari... huhu... tapi sy akan cuba dan terus cuba juga...
BalasPadamtips bagus ni
BalasPadamPenting untuk terus berkongsi idea yg FReSH. Supaya org yg baca pun keep on reading (and coming)
BalasPadamBagus panduan ni,sebagai blogger yang baru nak menapak dalam industrial blog ni memang kena ambik penting nasihat ni
BalasPadambanyak lagi saya perlu belajar ni
BalasPadamBekerja keras bukan mudah untuk membina jenama sendiri.
BalasPadamsemoga nasihat ini berguna untuk saya sebagai blogget picisan.
BalasPadamYa, saya amat setuju dan sukakan tips ni :-) bergaul dengan orang yang berada di sekeliling kita :-)
BalasPadambagus sangat2...tips menarik bermanfaat...terima kasih...
BalasPadamNice tips bang. Nak istiqamah n ubah sikap tu yg susah sket. Bila nak insaf tah ni...hihi
BalasPadamThanks for sharing bro HH. will continue make improvement :)
BalasPadamThanks HH,
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.