"Please Pay Blogger" gitulah kata-kata yang dinyatakan oleh blogger terkenal Malaysia, Redmummy.com. Siapa tidak kenal dengan blogger tersohor Malaysia ni. Pernah muncul jadi tajuk muka depan akhbar tempatan lagi, haaa jangan main-main. Blog Redmummy, antara blog pertama yang saya belajar mengenai cara dapat income menerusi Nuffnang.

Ya, saya dulu pun pakai platform Nuffnang, malah ada blog saya yang masih lagi menggunakan platform Nuffnang untuk pengiklanan. Adaaaaaa tapi saya tak nak bagitahu blog mana, pandai-pandai korang selidik sendiri.

Awal-awal berblog saya memang gunakan platform Nuffnang, dan saya dah pernah cashout dan merasa 'gaji' daripada Nuffnang. Seingat saya dalam 3 kali bayaran kot, semua menerusi cek. Untuk blog ini, saya dah tak gunakan Nuffnang, tapi saya tukar ke platform lain yang bayar saya dalam USD. Tapi, blog yang masih pasang iklan Nuffnang, masih lagi buat duit untuk saya, walaupun tidaklah selebat dan sehebat income Redmummy.
Please Pay Blogger ...
Kerjaya sebagai blogger samada sambilan atau sepenuh masa adalah satu pekerjaan yang memakan belanja, apatah lagi jika blogger itu adalah blogger yang sering menjadi perhatian pihak pengiklan. Ramai yang tidak tahu, kerjaya blogger bukan kerjaya percuma seperti dulu. Sekarang, nilai seorang blogger sudah naik. Blogger sudah ada pengaruh dalam masyarakat, apatah lagi dalam atmosfera dunia siber atau internet.

Baca nasihat Redmummy kepada blogger baru ...

Masih ada segelintir mereka yang cuba ambil kesempatan daripada blogger. Walaupun mereka tahu pengaruh yang ada pada blogger, tapi mereka langsung tidak mahu menilai kelebihan tersebut.

Saya tak mahu berleter lebih hal ini, sebab saya dah pun cerita sebelum ini panjang lebar. Anda mungkin nak kongsikan sesuatu, boleh sahaja tinggalkan komen dan bincang dengan blogger lain di post ini:

Please Pay Blogger ...





Segala apa yang diluah dan dikatakan oleh blogger Redmummy memang benar, dan saya setuju 100 peratus. Buat mereka yang mahu dapatkan khidmat blogger, tolong fikirkan segala apa yang telah ditulis dalam post di atas ini.

Please pay blogger ... kami pun cari makan macam anda, yang bezanya; anda akan dapat income berterusan hasil kerja kami, walhal kami hanya dibayar sekali sahaja .... maka, jangan terkejut jika ada blogger yang kenakan bayaran servis advertorial cecah ratusan ringgit ..  apatah lagi untuk banner iklan yang dipasang di blog.

Kami usaha untuk sampai ke tahap kami sekarang, bukan hari ni buat blog, esok lusa dah jadi dikenali.


p.s: Buat blogger baru, anda perlu tahu, Nuffnang bukan satu-satunya platform pengiklanan... ada lebih 100 platform pengiklanan blog yang boleh anda cuba. Jika blog trafik banyak, saya syorkan carilah yang lebih baik .... tapi untuk newbie bolehlah gunakan Nuffnang nie ...

26 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yelah,bila dah jalankan kerja dengan betul,kenalah bayar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Jangan buat tak tahu jer. Bahaya ooo bila blogger dah marah ni.

      Padam
  2. Betul tu, apatah lagi blogger yang cukup dikenali ramai..

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... bro HH,

    blogger yang dikenali ... untuk femes pelbagai ranjau dan onak dilalui untuk tahap sekarang,, sepatutnya pihak pengiklan bayar lah... earning meletop aje payment lambat... tak femes susah tak femes pun susah..

    mselim3

    BalasPadam
  4. apalah nasib si blogger2 power nih... udah di hebohkan ke seantero malaya .. dah kasi makan anak bini pakai duit keuntungan... x kan lah la lupa nak bayar blogger kot... haha... aku rase ramai yang makan semut kot.. lupa nak bayar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa dengar anjin dengan bayang-bayang kan .. jadi faham sendirilah.

      Padam
    2. aduh... dalam tuh... sabo je lah...

      Padam
  5. Saya setuju. Banyak je terima emel suruh buat advertorial tapi taknak bayar penulisan. So, saya tak nak layan..

    BalasPadam
  6. saya punya kes lagi dahsyat. Ada satu perempuan tu nak bayar RM20 je untuk review produk dia sebab dia kata blog saya low class! saya boleh terima RM20 tu tapi janganlah hina blog saya sampai macam tu sekali. dia pun peniaga kecil kecilan je. bukan besar mana pun.

    BalasPadam
  7. banyak blogger kena macam ini encik ben pun pernah cerita kat blog dia. dah buat review pasang iklan pastu tak bayar.

    BalasPadam
  8. sangat setuju ^_^ apa pon jom kita terus mencuba ^_^

    BalasPadam
  9. Okey take note sifu. Tapi setakat hr ni sy xberani lg utk lain2. Blog sy pun hidup segan kot

    BalasPadam
  10. gua dah tak heran pun pasal income blog... income blog hanyalh sampingan... gua berblog untuk lempiaskan keinginan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan...

    lain2 dah lama gua tolak tepi...

    mula2 dulu memang gua terpengaruh dengan buat duit dengan blog... lama2 gua fedup...

    and then gua tak kisah pasal duit blog... gua fokus dengan kerja gua... blog hanyalah tempat melempiaskan nafsu keinginan gua untuk menulis...

    anyway, nice sharing bro..

    keep up the good work...

    BalasPadam
  11. Kadang2 rasa sedih, ada blogger yang jadi orang tengah kepada advertiser..lepas tu bayar tak setimpal dgn apa yg sepatut blogger dapat. Ni pun masalah gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. I know that feeling. Tapi tak mengapa, paling tidak client dah kenal blog kita, mesti dia akan singgah dan baca apa yang kita tulis.

      Padam
  12. sha boleh kategori noobs kot sebab 5-6 tahun berblogging, tapi sekarang baru aktif dan merasa upah dari nuffnang... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nuffnang tu untuk newbie .. silalah bertukar .. in Sha Allah .. ada tu peluang lain.

      Padam
  13. tahukah anda, blogger ini salah satu kerjaya kategori risiko tinggi... :)

    BalasPadam
  14. kan...bukan mudah mjadi seorg blogger terkenal...

    BalasPadam
  15. please don't take for granted......

    BalasPadam
  16. peringatan buat semua blogger, win-win situation mesti ada....

    BalasPadam
  17. macam-macam ye nampaknya dunia blog ni..:D

    BalasPadam
  18. macam-macam ye nampaknya dunia blog ni..:D

    BalasPadam
  19. Untuk yang penting kan kualiti memang perlu consider benda-benda macam ni. Kalau cuma pentingkan duit yang tak seberapa, atau pendedahan (exposure) yang tak akan kekal lama, boleh la buat percuma atau terima je job walaupun dibayar murah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement