Panduan Work at Home Dad (WAHD). Ramai suami merangkap bapa yang kini telah beralih untuk menjadi bapa yang bekerjaya dari rumah. Rumah adalah pejabat mereka. Dari rumah, si bapa menjana income untuk keluarganya. Apa yang menariknya menjadi seorang bapa atau ayah yang berkerja dari rumah? Panduan WAHD tersedia untuk anda, Work at Home Dad, bukan lagi satu impian mustahil, kerana ramai sudah pun berjaya membuktikannya.

Diari WAHD - Panduan untuk Work at Home Dad

Diari WAHD - Work at Home Dad

Saya tertarik dengan sebuah blog, Diari WAHD yang berkongsi tips, panduan serta kisah sebenar kehidupan seorang lelaki, seorang ayah membesarkan anak-anak dan pada masa yang sama mempunyai kerja yang dilakukan di rumah.

Bolehkah ia menjadi satu kenyataan? Bagaimanakah seorang ayah boleh ada kerjaya dari rumah? Kerja yang bagaimana?

Itu antara persoalan yang mungkin terlintas di benak fikiran.

Alhamdulillah, blog Diari WAHD yang ditulis +Ahmad Shahrin Mohamad Anuar boleh membantu mana-mana bapa, bakal bapa, suami, ayah tunggal untuk memiliki pengetahuan bagaimana untuk diri bekerjaya dari rumah. Diari WAHD memberikan panduan bapa bekerja dari rumah.

Siapa lelaki ini? Siapa penulis blog berkaitan work at home dad ini? Adakah dia seorang yang layak berbicara mengenai panduan dan tips bapa bekerja dari rumah?
Saya tak pandai nak menulis biodata orang lain, jadi saya ambil dari ruangan biodata Diari WAHD ini..

Saya telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati saya pada 12 Jun 2009. Isteri saya, Siti Noor Arfah Binti Umar merupakan seorang WAHM (ibu yang bekerja di rumah) sepenuh masa. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam jurusan 'Technopreneurship'. Hasil usia 5 tahun perkahwinan kami, kami telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. 

Menerusi blog tersebut, anda akan dapat tahu mengenai peluang, cara, petua, kaedah untuk menjalankan perniagaan dari rumah, seterusnya membina kerjaya sendiri, tanpa mengabaikan keluarga dan anak-anak.

Blog saya juga berkongsi tips-tips bekerja dari rumah, tips-tips perniagaan internet. Blog ini juga turut menyediakan tips dan panduan mengenai penjagaan anak. Di samping itu artikel motivasi turut dikongsikan. - Diari WAHD

Dewasa ini ramai yang memilih untuk lebih kebebasan, tidak terikat pada insan yang bergelar boss. Ramai yang mahu ada bisnes sendiri, mahu jana income sendiri, dan pada masa sama, mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Mahu ada lebih masa terluang dengan keluarga.

Anda tak mahu begitu?

Bukan hanya pada bapa, malah semakin ramai ibu mempunyai bisnes online, menjana income setiap hari dan setiap bulan.

Namun, untuk menjayakan impian dan merealitikannya, anda haruslah ada guru, harus ada ilmu, tahu bagaimana nak mengarah diri ke arah itu. Panduan dari blog ini mungkin boleh membantu.

In Sha Allah. Diari WAHD, sebuah blog panduan berkongsi tip-tip bekerja dari rumah, tip bisnes internet yang disulami tips penjagaan anak khas buat ayah yang meletakkan keluarga sebagai perkara pertama dalam hidup.




6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. biasanya.. tak ramai yang berani jadi WAHD... atau start dengan tak yakin... boleh jadi juga takut... dimengata orang... siapa yang dah sampai tahap WAHD ni biasanya financial tu dah stabil...kalau tak kena lah penangan cabran dan dugaan yang maha lazat dari sekeliling... :D Mahu keras hati gitu... baru boleh jadi WAHD :D

    ReplyDelete
  2. Orang rumah saya pun WAHH (tak boleh guna D lagi sebab belum jadi Dad) sejak setahun lalu. Hehe Awalnya memang banyak mulut mengata, tapi mulut orang tu lama-lama dia senyap lah bila tengok kita hidup tak ganggu dorang.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa nak luangkan masa dengan anak-anak juga, nanti berkeluarga...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..saya baru je jd WAHD sejak awal april 2014...

    ReplyDelete
  5. Boleh dijadikan panduan, dan impian, satu hari nanti, bekerja dari rumah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement