Jangan terkejut jika saya katakan kepada anda semua bahawa blog ini mempunyai bounce rate yang agak tinggi. Kadar itu tidak tetap tetapi sering sahaja mencatat lebih daripada 30-40 peratus. Saya ada buat entri mengenai kegagalan blog saya yang mempunyai bounce rate yang tinggi. Anda boleh baca di sini - Blog Saya Gagal Kadar Bounce Rate Tinggi
Apa Itu Bounce Rate?
Dan dari komen yang dibuat pada entri tersebut, ramai yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan bounce rate.
Bounce Rate adalah merupakan kadar atau ratio satu halaman yang dikunjung, atau kadar pengunjung meninggalkan blog anda selepas kunjungan kali pertama. Ini bermakna, anda terima pengunjung atas satu-satu tajuk tertentu, dan kemudian pergi meninggalkan blog anda atau klik x. Ini bermakna, persinggahannya itu tidak melihat pun entri2 lain yang ada dalam blog anda pada kunjungan pertama dia tu. Faham tak?
Antara Penyebab Bounce Rate Tinggi Dalam Blog
Katakan seseorang tu join segmen, dia datang, dan berkunjung ke blog anda untuk tinggalkan link atau entri penyertaan segmen sahaja, dan kemudian beredar dari blog anda tanpa meneruskan pembacaan yang lain, yang mungkin berkaitan.Selalunya, blog-blog yang punyai kadar bounce rate yang rendah ialah blog-blog yang tertumpu atau punyai niche sendiri. Contohnya, jika blog itu berkisar pasal fotografi, pasti yang sukakan fotografi akan melihat entri2 lain yang ada kaitan, mungkin sekadar nak melihat gambar lain, atau mungkin nak baca tips mengenai fotografi, atau melihat peralatan kamera yang ada dipaparkan.
Contoh lain, seperti blog koleksi lawak ataupun macam blog tutorial yang selalunya akan ramai habiskan masa setiap kali kunjungan untuk mencari perkara-perkara yang berkaitan.
Jadi, jika trafik tinggi - yang mungkin disebabkan satu-satu topik hangat yang dibawakan, tetapi punyai bounce rate tinggi - kerana mereka hanya nak baca kisah itu sahaja, maka ia boleh dianggap sebagai kegagalan, 'conversation rate' anda sangat rendah, dan ia tidak bagus untuk pengiklanan.
Ini mungkin salah satu sebab blog anda, seandainya menggunakan Nuffnang tidak mendapat Buffered Earnings ataupun Sponsored Post.
*p.s: Ianya juga menunjukkan kegagalan fungsi carian di dalam blog