Sebenarnya tips-tips menaikkan ranking Alexa telah pun saya kongsikan kepada pengunjung dan pembaca blog ini. Ia soal konsisten dalam melakukannya. Blog ini walaupun telah berada di kedudukan yang baik di ranking Alexa, namun saya tidak pernah berhenti untuk mencapai lebih baik untuk blog ini.
Tips Dapatkan Alexa Ranking Bawah 200 Malaysia
Untuk tidak menghampakan rakan blogger terutama yang baru mengenali mengenai Alexa, saya sekali lagi cuba merumuskan dan memberikan tips mudah ringkas untuk mencapai ranking terbaik. Oh ya, sebelum itu, sebagai info, ranking Alexa adalah berkaitan trafik blog. Jika semakin kecil nilai ranking Alexa, maka bermakna blog atau laman web tersebut menerima kunjungan dan trafik antara tertinggi di Malaysia dan dunia.- Pertama sekali, untuk mendapat perhatian Alexa, blog anda perlu didaftarkan dahulu dengan Alexa. Pendaftaran adalah percuma, anda boleh melakukannya menerusi akaun email atau Facebook.
- Keduanya ialah menulis mengenai Alexa, inilah antara perkara paling kerap saya lakukan bagi memastikan ranking Alexa blog ini diperbaiki dari semasa ke semasa - walaupun ia telah berada di tahap yang baik.
- Ketiga ialah dengan memasang toolbar yang disediakan oleh Alexa ke dalam pelayar internet. Anda akan dihargai tanpa anda sedar kerana menggunakan servis Alexa dan kemudian mempromosikannya kepada dunia. Saya sendiri telah custom-made toolbar Alexa menerusi entri ini - Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa Sebuah Blog atau Laman Web
- Keempat ialah kekerapan anda untuk update entri baru di dalam blog. Walaupun tiada nampak keperluan khusus, tetapi percayalah, setiap kali entri baru diterbitkan, setiap kali itulah robot Alexa akan analisis blog kita. Lebih banyak kita update blog, maka lebih kemungkinan untuk blog dapat kedudukan terbaik Alexa.
- Kelima ialah memanfaatkan sosial media terutama Facebook untuk membolehkan pengiraan trafik Alexa dibuat. Ini suatu teori daripada saya, kerana sejak beberapa entri saya mendapat perhatian di Facebook (dapat jumlah LIKE yang tinggi), ranking Alexa saya semakin baik (saya login Alexa menggunakan akaun Facebook).
Itulah antara 5 tips yang dapat saya kongsikan kepada anda semua untuk bagaimana blog ini boleh berada di ranking bawah 200 Malaysia dan bawah 40,000 di dunia. Tips di atas adalah mudah untuk semua blogger praktikkan. Jika rajin, dan kuat berusaha, in Sha Allah, satu hari nanti anda bakal memintas blog-blog ternama yang ada rankin baik dan berada di atas.
Sebelum ini saya telah memasang hasrat untuk pintas kedudukan blog personal terbaik Denaihati.com dalam carta Alexa. Hasrat tersebut telah saya tetapkan pada awal 2012... dan alhamdulillah, dengan segala perancangan ... blog ini berjaya juga akhirnya... walaupun nanti esok lusa kedudukan ini bakal berubah.
wahh...dah dikupas...good point HH
BalasPadamwohaa.....hebat sifu...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini, sangat berguna untuk blogger baru seperti saya.
BalasPadamJom singgah Dipecat Kerana MH370 ;)
terima kasih utk tips n perkongsian =)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Ena pun teringin juga naikkan ranking blog ena even blog ena bukan la share mengenai yang best best. Terima kasih!
BalasPadamAssalammualaikum...bro HH,
BalasPadamterima kasih dengan tips2 yang dikongsikan ini.. insaallah akan cuba terbaik utk memperbaiki ranking...
mselim3
Rajin adalah kunci utama
BalasPadamBoleh cuba tips ni
BalasPadamTips yang baik untuk blogger baru seperti saya. Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini, hebat benar dapat menandingi blog denaihati.com. Tahniah atas kejayaan!
BalasPadamterima kasih...^^
BalasPadamtry cuba tip ni..
BalasPadamWah bagus tips ni :)
BalasPadamTaufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)
Tips yang menarik dan banyak saya miss.. yq atas perkongsian.
BalasPadamwahhh terbaiklah bro
BalasPadamohsem...boleh dipraktikkan kat blog....
BalasPadamTerima kasih atas sharing ini. Bolehla dipraktik utk blog saya nanti. ;)
BalasPadamtahniah.. tuan HH memang hebat.. terima kasih dia ats perkongsian tips alexa ini.. sangat berguna untuk aiza cuba praktikkan..
BalasPadamTahniah HH..memang relevant tips ni...
BalasPadamTips yang baik..saya dah bookmark entri ni..thanks bro HH..
BalasPadamhttp://myrujukan.com
BalasPadamsaya dulu blog paling kuat pun pernah capai kedudukkan 400 lebih ja, ni bro tahap bawah 200 memang kencang lah kan
terbaik !
BalasPadamtips yg bagsu! thanks uncle HH
BalasPadamp/s: awal bulan 4 deno email pada uncle ya^^
tp tak jadi pun....
BalasPadamilmu baru nie.. terima kasih HH
BalasPadamWow!! Mesti mahsyukkkk kan?
BalasPadamKalau pasal toolbar dan buat review pernah gak dengar.... tapi nak kerap update tu kena ada perancangan yang betul laaa....
BalasPadammemang sangat membantu tips2 ni...tips ketiga saja yang sy tak buat lagi...tips keempat tu dalam proses untuk membiasakan diri balik untuk kerap update entri...
BalasPadamT kasih atas perkongsian tips ini HH.. amat2 bermanfaat buat saya..
BalasPadamokay boleh cuba lepas nie :) terima kasih HH
BalasPadamtahniah HH... terbaik entri ni... perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh semua..
BalasPadamterima kasih bro sudi berkongsi!
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.