Tahukah anda bahawa kad bisnes juga penting bagi seorang blogger? Tak kiralah anda blogger biasa, blogger pinggiran, blogger picisan, blogger remaja, blogger dah tua macam saya, kad bisnes adalah salah satu metod untuk mempromosikan blog secara offline. Namun, sekadar mempunyai kad bisnes tak memadai, anda perlu tahu untuk memanfaatkan kad bisnes dengan baik. In Sha Allah, blog post kali ini saya akan kongsikan beberapa tips berkaitan ciri-ciri kad bisnes yang baik untuk seorang blogger.

5 Ciri Penting Kad Bisnes Seorang Blogger


Contoh kad bisnes blogger blogspot Malaysia
Ok. Jika anda ada kad bisnes blogger anda. Sila keluarkan sekarang dan belek sambil baca tips dan panduan yang saya berikan ini. :)
  • Pertama sekali, tentulah perlu ada nama blog dan link blog. Itu adalah ciri utama bagi sebuah kad nama seorang blogger. Ia membezakan dengan kad bisnes lain.
  • Kedua, ada wajah atau logo blog. Ini juga cirian unik bagi kad bisnes seorang blogger. Wajah melambangkan bahawa anda bertanggungjawab dengan blog anda, tanpa ada sesiapa yang akan edit atau saring apa yang anda tulis dalam blog. Manakala logo pula melambangkan anda ada nilai profesional dalam penulisan anda. Boleh gabungkan dua perkara ini dalam kad bisnes blogger anda.
  • Ketiga, tentulah sekali berkaitan apa yang anda sajikan dalam blog anda. Misalnya anda seorang blogger yang menulis berkaitan cuti dan pelancongan. Maka, masukkan kata kunci tersebut dalam kad bisnes. Biar orang yang terima kad bisnes anda faham apa yang anda tulis dalam blog anda.
  • Keempat, pastikan ada letakkan bagaimana untuk hubungi anda. Ada kad bisnes tapi tiada nombor telefon, tiada url blog, tiada laman sosial ... tiada email, tak ubah seperti menerima sebuah kad ucapan mini sahaja. Pastikan ianya ada dalam kad bisnes blogger anda.
  • Kelima, kad bisnes yang lunyai setelah 2-3 hari diterima tak bagus. Perlu dapatkan kad bisnes yang ada kualiti supaya bertahan lama dalam pegangan si penerima. Jika masuk poket, tak mudah koyak atau tak mudah luntur. Mesti ada kad bisnes yang nampak elegan, berkualiti dan tahan lama. Penting!

5 Ciri Penting Kad Bisnes Seorang Blogger
Ok, itu adalah 5 ciri yang perlu ada dalam sebuah kad bisnes seorang blogger Malaysia. Jika anda dah ada kad bisnes blogger sendiri, cuba belek kad tersebut, lakukan sedikit ujian ketahanan dan keberhasilan.

Ujian Ketahanan Kad Bisnes Seorang Blogger

Ujian ketahanan - ambil kad bisnes ... letak dalam poket. Simpan dalam poket selama beberapa hari dan lihat apakah pengakhirannya. Boleh cuba uji dengan masukkan seluar dibasuh dengan mesin basuh, keringkan dan lihat apa jadi dengan kad bisnes tersebut, atau boleh letakkan di dashboard kereta atau dalam dompet. Cuba juga lipat kad bisnes tersebut dan lihat adakah ia masih lagi boleh dibaca atau dilihat dengan jelas apa yang tertera.

Ujian keberhasilan - boleh berikan pada sesiapa sahaja kad bisnes tersebut tanpa mengira samada mereka itu siapa. Berikan secara rawak. Jika ada yang hubungi anda menerusinya, maka kad bisnes anda tidak perlu sebarang perubahan.

Moga blog post ini memberikan sedikit manfaat bagi blogger Malaysia samada mahu mendapatkan kad bisnes atau menukar kad bisnes sedia ada.


p.s: Pada mana-mana pengusaha kad bisnes yang mahu mempromosikan kad dengan post ini, sila email saya untuk letakkan pautan atau iklan anda. 


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement