Masih lagi yang nampak kehampaan mengapa income Nuffnang tak naik-naik. Apa yang sebenarnya perlu dibuat bagi membolehkan income tersebut naik? Apakah rahsia bagi membolehkan blog menerima income menerusi platform pengiklanan Nuffnang?
Rahsia raih income menerusi banner iklan nuffnang

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dedahkan rahsia dan tips berkaitan pengiklanan Nuffnang; dah banyak kali, tapi mungkin ada yang tak perasan, maka saya ceritakan sekali lagi.

Ikuti langkah-langkah ini, dan anda mesti sabar serta konsisten. Elakkan diri dari putus asa, kerana Nuffnang ini mementingkan kesetiaan. Saya sendiri dalam blog lain, walaupun tak aktif, tetapi blog tersebut dapat juga CPUV ... cam heran je cam pelik je .. hehehehe... tapi itulah, inilah rahsia yang ingin saya beritahu.

Perletakkan kod-kod HTML iklan Nuffnang perlu ikut apa yang mereka sarankan. Jangan buat pop-up, jangan buat sliding ads. Letakkan iklan mereka seperti yang telah diberitahu, iaitu di atas, atas, bawah atau sebelah header blog - janji ia sebelah atas blog anda. Ia adalah untuk iklan banner saiz 728 x 90. Kalau iklan sidebar, yang pendek tu .. ada perlu letak di bahagian atas sebelah sidebar blog. Untuk iklan kekotak 300 x 250 pula, seeloknya seperti dicadang adalah diletakkan di bawah entri atau berada di antara dua entri.

Heh .. dah baca, nampaknya ia bukan satu rahsia pun tetapi dah jelas-jelas dinyatakan dalam Nuffnang, cuma mungkin kita ni je yang segan-segan dan sipu-sipu nak ikut, al maklumlah nak bagi blog nampak cun cantik.

Cun cantik menarik boleh, tapi biarlah blog itu praktikal. Anda letak banner hanya sekadar nak bagi free iklan pada pengiklan dalam Nuffnang, maka agak rugilah. Biar letak iklan Nuffnang sampai dapat dan raih pendapatan menerusinya.

Dulu, saya ada kata, iklan ni saya anggap macam perhiasan blog je, tapi kini .. bila anda seorang blogger yang jadikan blog sebagai sumber pendapatan samada pendapatan utama mahupun sampingan, perkara-perkara macam ni perlu anda ambil penting ehh ...


23 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah..takat nie Nuffnang adalah terbaik bagi saya... :)

    ReplyDelete
  2. Huhuu rasanya nuffnang laa paling konsisten berbanding yg lain.. cuma tu laa lamanya nak tunggu dia cukup utk cashout :(

    ReplyDelete
  3. Bertambah ilmu walaupun tak pernah letak mana-mana iklan lagi dalam blog saya, target untuk perbaiki blog dan naikkan visitor

    ReplyDelete
  4. nice tip...kena rajin hantar tiket kat nuffnang....

    ReplyDelete
  5. oo..dah follow..tak tau mana silapnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar. Anda bukan seorang sahaja yang sedang menunggu masa untuk diberikan CPUV, tumpukan kepada pengisian blog, selalunya CPUV diberikan kepada blog yang ada berikan sesuatu baik utk mereka mahupun pengunjung blog.

      Delete
  6. aah rahsia sebenar utk dptkan tawaran iklan cpuv
    klo kita x patuhi syarat ditetapkan, advertiser x berminat utk pilih blog kita
    so, pihak nuff lg sukar nak kasi kita merasa cpuv
    perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
  8. itu lah masih berusaha kearah penambahbaikan iklan dlm blog ..thank's utk tip ini bro :)

    ReplyDelete
  9. sy dh fllw sume..dh lame pun tp smpai skung xde pun cpuv..xtau mane silap..tiket pun ade hantar gak...huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPUV berkaitan dengan pengiklan dan bukan Nuffnang, jadi kalau nak dapat CPUV .. cuba lihat pengiklan2 yang ada dalam Nuffnang tu .. cuba pikat mereka dengan buat entri percuma mengenai mereka ...

      Delete
  10. Assalammualaikum..bro HH,

    Insaallah kena ikut tips yg diberikan jika hendak berjaya dengan Nuff...

    mselim3

    ReplyDelete
  11. trima kasih atas info sgt berguna..kita dah ikut smua step yg nuffnang bagi...tpi tak selalu dpt cpuv..inshaalah t kita cuba buat entri tntg iklan d cpuv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuffnang pentingkan kesetiaan. Jadi pegang itu je.

      Delete
  12. Salam.t.kaseh tunjuk ajar en.sifu : )

    ReplyDelete
  13. T kasih HH diatas perkongsian tips ini.. :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu, kena setia dgn nuffnang ni. Than jgn putus asa. Mcm sy, tak sampai setahun betul2 berblogging yg asalnya sambil2an je, skrg ni agak lumayan jugala bagi blogger baru nak naik mcm sy ni... Wah... blog sifu makin kemas la...

    ReplyDelete
  15. HH, camane pulak kalau yang buat floating ads untuk nuffnang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu atas inisiatif sendiri, setakat ini tiada halangan dari pihak Nuffnang, jadi kesimpulannya ia dibolehkan. Namun, dari segi pengalaman pengunjung yang hadir, ia agak kurang menyenangkan buat mreka.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement