Amacam? Agak-agak ada terfikir tak mengenai perkara ini? Iaitu blog manakah yang bakal popular di tahun 2014 nanti. Tahun 2013 sudah ada senarai blog-blog hebat yang menjadi antara blog paling popular dalam kategori masing-masing. Saya pasti blog-blog tersebut sudah semakin gah dalam dunia blog Malaysia.

Persoalannya sekarang, bagaimana dengan tahun 2014? Adakah blog yang sudah popular akan kekal popular? Atau blog tersebut akan diambil alih takhta mereka? Dan bagaimana dengan blog anda? Apakah misi dan visi untuk tahun 2014 sebagai penulis blog - tak kiralah, blogger picisan ke, blogger bawah tempurung ke, blogger kecik ke, blogger besar ke ... sudah anda catitkan?

Saya melihat perkembangan dunia blog Malaysia sudah makin meningkat. Malah ramai yang buka mata apabila bercakap mengenai pengaruh blog.

Baru-baru ini, ada rakan isteri singgah di rumah .... apabila saya berkata saya seorang blogger sepenuh masa, dan mempunyai banyak blog; dia terkejut dan anggap apa yang saya ada sekarang satu yang mengagumkannya. Malah, dia berkata .... dunia blog Malaysia sudah jauh lebih hebat dari dulu. Semua orang, dari syarikat kecil sehingga besar nampak pengaruh blogger. Dan masing-masing mahu 'berkongsi' pengaruh tersebut.

Ada beritahu saya, di sesetengah tempat .. semakin ramai yang mengenali penulis blog. Sudah macam selebriti pula. Tanpa segan mereka menegur dan bertanya ... "Abang ni blogger ke?"

Malah, komuniti blogger juga semakin kuat. Blogger mampu menggerakkan bantuan, blogger mampu melariskan jualan, blogger mampu membantu dalam menyelesaikan kes serta isu, malah blog dilihat antara jalan terbaik bagi memenangi negara ini untuk ditadbir urus. Dan tidak salah saya katakan, komuniti blogger mampu mencorakkan sosio-ekonomi negara ini.

Benarlah pepatah lama, mata pena lebih tajam daripada mata pedang.

Sekali lagi, pada pandangan anda .... blog yang bagaimanakah yang akan terus atau yang akan muncul menjadi blog popular di tahun 2014? Dan mungkinkah, nama blogger bakal menjadi antara carian terbanyak dalam Google, Yahoo mahupun Bing seperti yang pernah berlaku kepada Fatin Liyana!


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blogger sekarang mendapat perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebarang perhatian dah sekarang ni ...

      Delete
  2. Kalaulah saya blogger itu... hehehehe, terberangan sat :)

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dengan 10 tahun lagi? Tak pe la, bro nak jadi biasa2 je

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... dah nampak ada jadi tokoh untuk jadi pemimpin blogger nih

      Delete
  4. saya bakal blogger fames 2014...hahahaha...angan2 jer tu..tapi betul bro, blogger sebenarnya mempunyai kekuatan sendiri. tanpa disedari blogger sekarang juga menjadi media alternatif bagi kebanyakkan orang.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. memang tak di nafikan blog dah mendapat kepercayaan dari ramai. Sebab tu tak kira blog popular atau blog tepian kali macam blog saya mula dapat kepercayaan untuk mereview produk atau perniagaan orang lain. berblog sekarang blh di jadikan sumber pendapatan cuma kena usaha. tak kira apapun pekerjaan.. memang usaha tu penting selebihnya doa & tawakal..

    ReplyDelete
  6. susah nak dapat gelaran blog popular ni kan....hehe siapalah agaknya..

    ReplyDelete
  7. tepuk dada tanya selera.
    yg pasti tahun 2014 masing2 akan tingkatkan kualiti blog.

    ReplyDelete
  8. yang penting perlu tingkatkan usaha......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement