As-Salam. Denaihati.com - siapa yang tidak kenal dengan blog personal terbaik Malaysia ini? Satu majlis berbuka puasa rakan blogger bersama dengan Denaihati Network telah berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada Sabtu, 20 Julai 2013. Ramai juga blogger Malaysia telah hadir ke majlis tersebut.

Majlis seperti ini sangat menarik kerana dapat menghubungkan ramai rakan blogger di Malaysia, disamping dapat beramah mesra, blogger juga dapat mengeratkan silaturrahim di samping jalinkan kerjasama khususnya untuk memantapkan blog masing-masing.

Kepada anda yang tidak kesempatan untuk hadir ke Majlis Buka Puasa Denaihati Network ini, saya dengan sukacita kongsikan beberapa gambar suasana kemeriahan untuk tatapan anda. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi cerita dan gambar sepanjang majlis itu berlangsung.

Gambar Majlis Buka Puasa Denaihati Network - Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Foto Iftar Ramadan 2013 Denaihati Network
Foto Iftar Ramadan 2013 Denaihati Network
Foto Iftar Ramadan 2013 Denaihati Network
Gambar Majlis Buka Puasa Denaihati Network 2013
Gambar Majlis Buka Puasa Denaihati Network
Gambar Majlis Buka Puasa Denaihati Network
Majlis Buka Puasa Denaihati Network
Majlis Buka Puasa Denaihati Network
Majlis Buka Puasa Denaihati Network
Nampak meriah bukan? Saya tak kongsikan gambar menu sebab terlalu asyik .... Pasti rakan blogger yang hadir ke majlis ini telah seronok dengan aturcara disediakan. Dengar-dengar ada duit raya juga disediakan oleh Tuan Haji Amir Hassan - Pengasas Denaihati.com. Hmm .. rugilah siapa yang tidak hadir tu (termasuklah saya ...).

Tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Amir Hassan kerana berjaya anjurkan majlis sebegini hebat dan kumpulkan ramai blogger Malaysia.

Oh ya, sekalung penghargaan saya kepada rakan blogger berikut kerana kesudian mereka untuk berkongsi gambar dan foto sempena Majlis Buka Puasa Denaihati Network di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.


Err... maaf kerana ambil tanpa kebenaran ... harap tak marah ye ... :) .....

In Sha Allah, mungkin lain tahun, Denaihati Network akan adakan lebih banyak program bersama blogger Malaysia untuk sama-sama manfaat.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai yang hadir di majlis ni ya..malangnya den terpaksa balik awal ketika ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ada hadir ehhh? Hmm .. saya masih lagi belum dapat hadir mana2 event blogger Malaysia lagi.

      Padam
  2. Selamat menyambut Hari Raya. Semoga bergembira di samping keluarga tercinta. Maaf zahir dan batin. =)

    BalasPadam
  3. wahhh, bestnya... selamat hari raya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. hadir majlis raya la pulak .. :) lepas ni.

      Padam
  4. Salam blogger hebat! Jom join http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html Salam Aidilfitri.:)

    BalasPadam
  5. Mesti seronok..boleh kenal ramai blogger hebat kt majlis nie..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement