As-Salam. Ramai yang nampaknya masih lagi belum tahu menggunakan secara total akan kebaikan yang ada pada peralatan canggih yang ada - contohnya telefon pintar, tablet, kamera digital dengan wifi dan sebagainya. #DoMoreLah, satu kempen untuk anda terutama blogger memanfaatkan segala kelebihan yang ada pada gajet terkini serta canggih yang dimiliki.

#DoMoreLah Menerusi Kecanggihan Dimilki

OHBlogger - DoMoreLah Campaign

#DoMoreLah - Lakukan Sesuatu Diluar Kebiasaan

#DoMoreLah dengan telefon pintar anda dari hanya untuk update terkini status Facebook anda. Anda boleh sebarkan mengenai program komuniti serta kempen yang bawa kebaikan. Malah, anda boleh bantu cegah jenayah menerusi Facebook serta Twitter, begitu juga Instagram - antara banyak aplikasi menarik yang boleh anda muat turun dan gunakan menerusi telefon pintar dan juga tablet.

#DoMoreLah dengan mengambil gambar yang boleh memberikan inspirasi kepada anda, keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan dan kenalan serta komuniti online. Bukan setakat ambil gambar makanan yang anda ambil ketika sarapan atau makan tengahari.
#DoMoreLah with OHBlogger Malaysia

#DoMoreLah dengan kecanggihan yang ada pada setting di gajet canggih anda untuk ketahui arah kiblat, waktu sholat, tag lokasi sebenar dan bermacam lagi. Tetapkan dengan betul segala setting pada telefon canggih mahupun tablet anda supaya anda dapat terima sesuatu yang tepat dan betul. Dan lagi, sebagai salah satu langkah untuk anda meminimakan penggunaan tenaga dan membolehkan peralatan canggih anda lebih tahan lama dan efisien guna-tenaga.
#DoMoreLah with OHBlogger Malaysia

Rakyat Malaysia antara pengguna di dunia yang paling aktif menggunakan media sosial menerusi gajet canggih. Malah, ada di antara rakyat Malaysia yang lebih berinteraksi menerusi gajet mereka daripada kehidupan sebenar.

#DoMoreLah dengan peralatan digital anda kerana ia memberikan lebih banyak ruang kreatif - dengan perisian-perisian terkini yang serba menarik. Malah, anda boleh buat duit dengan hanya berkongsi gambar, update status FB atau berchatting sesama rakan maya anda. Ketahui bahawa terdapat 1/3 jutawan dilahirkan menerusi internet dan anda mungkin menjadi salah seorang darinya jika anda #DoMoreLah dengan gajet canggih yang anda miliki.

Mahirkan diri dan jangan hanya menggunakan sesuatu yang biasa anda guna. Cabar diri anda untuk meneroka lebih dengan #DoMoreLah peralatan canggih anda.

Lebih info mengenai #DoMoreLah di sini:#DoMoreLah - Bagaimana Caranya?

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement