As-Salam. Saya pasti ramai blogger Malaysia yang menggunakan BlackBerry. Dan rasanya ada yang sudah menggunakan BlackBerry 10 (BB10). Untuk entri kali ini, saya kongsikan satu artikel yang telah disediakan oleh Banyu Putro dari Mavens Co. Ia berkenaan tiga aplikasi paling cekap untuk BlackBerry 10.
OHBlogger - Tiga Aplikasi Paling Cekap untuk BlackBerry 10

Tiga Aplikasi Paling Cekap untuk BlackBerry 10

BlackBerry 10 anda boleh dijadikan alat yang berguna untuk membawa kerja anda di luar pejabat. Untuk menjadikan kerja di luar pejabat suatu realiti, anda perlu memuat turun aplikasi yang sesuai. Disini kami mengesyorkan tiga app produktiviti yang mantap lagi cekap.

Evernote

Evernote adalah salah satu aplikasi produktiviti yang serba. Evernote membolehkan anda menyimpan dan mendapatkan maklumat penting dengan mudah. Anda boleh melakukan ini dengan pelbagai cara, termasuk melalui butang yang dimuat turun untuk pelayar web anda.
OHBlogger - Evernote Aplikasi Paling Cekap untuk BlackBerry 10

Aplikasi ini dibina berdasarkan konsep buku nota kertas yang kian lama digunakan kalangan pelajar mahupun pekerja koprat. Semudah ia untuk mencatatkan maklumat mengunakan Evernote, ia lebih mudah untuk mengesan kembali maklumat yang tersebut setelah dicatat. Kekuatan Evernote adalah dalam pelbagai pilihan yang membolehkan anda menentukan cara organasasi maklumat. Anda boleh menggunakan tag, meninggalkan nota terperinci mengenai maklumat tersebut, atau mengesan semua maklumat disimpan dengan hanya menggunakan kata kunci.

Evernote boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran yang berbeza. Ia amat berguna sebagai aplikasi pengambilan nota semasa kuliah atau kelas. Ia boleh digunakan untuk mengambil minit mesyuarat dengan pelanggan. Disamping it, Evernote juga boleh digunakan untuk merakam memo suara.

Dropbox 

Pernahkah anda memerlukan fail tetapi menyedari ia di komputer anda di rumah, atau di dalam thumbdrive di pejabat? Dengan Dropbox, anda tidak lagi perlu bimbang ia akan berlaku.

Dropbox adalah aplikasi yang menyegerakkan fail di komputer anda dengan BlackBerry 10 anda. Asalkan fail berada di dalam folder Dropbox anda, ia juga boleh diakses disemua alat peranti anda. Ciri terbaik Dropbox adalah ia kelihatan seperti sebahagian daripada sistem operasi komputer anda dan bukan aplikasi pihak ketiga.
OHBlogger Dropbox - Aplikasi cekap untuk BB10

Ciri-ciri lain Dropbox yang cekap termasuk keupayaan anda berkongsi folder atau fail dengan pengguna Dropbox lain. Ini bermakna anda tidak perlu menghantar fail asal, yang mungkin agak besar kepada pengguna lain. Terdapat beberapa cara berkongsi akses fail menggunakan Dropbox termasuk cari yang paling mudah iaitu berkongsi pauntan laman dengan pengguna lain.

Flash Light

Flash Light tidak tegas aplikasi produktiviti. Walau bagaimanapun, app ini menggunakan kamera dan fungsi flash di dalam anda BlackBerry 10 anda. Ini adalah kerana Flash Light menjadikan alat peranti anda lampu suluh apabila anda memerlukan sumber cahaya sementara.

Namun demikian, kegunaan Flash Light lebih daripada menyalakan fungsi flash BlackBerry 10 anda. Aplikasi ini boleh menyerupai beberapa sumber cahaya yang berbeza termasuk nyalaan lilin, menyalakan beam cahaya dengan tahap penggunaan bateri yang rendah, meningkatkan intensiti flash ke aras tertinggi dan sebagainya.

App Flash Light kelihatan sangat popular di kalangan pengguna BlackBerry. Ia telah diulas semula oleh pengguna hampir 29,000 kali di BlackBerry World. Disamping itu, ia juga diberikan taraf empat bintang daripada lima. Itu satu pencapaian yang bagus buat mana-mana aplikasi.

Semestinya, ketiga-tiga aplikasi produktiviti memang menyerlahkan keupayaan BlackBerry 10 baru anda. Gunakan aplikasi-aplikasi ini sebagai alat untuk terus berhubung dengan kawan-kawan mahupun hanya untuk memperkaya pengalaman alat peranti anda.

Artikel ini disediakan oleh Banyu Putro (http://www.mavens.co.uk/)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement