As-Salam. Mungkin ramai yang dah tahu mengenai rahsia pengiklanan ini, namun buat mereka yang tak tahu, boleh ambil tahu supaya income anda menerusi iklan dalam blog boleh dipertingkatkan. Sayang sekali, apabila dah pacak iklan merata dalam blog tapi setiap bulan, tak ada hasil yang memberangsangkan. Ok, kali ini saya nak kongsikan satu rahsia - iaitu rahsia iklan Nuffnang yang anda patut tahu.

Ada yang sedar, tapi tak ramai yang mahu ambil kesempatan. Dalam mahu mengejar sesuatu, anda perlu bertindak pantas. Jangan tunggu orang lain dah rebut peluang tersebut baru anda mahu masuk barisan. Nanti, bila orang lain bermegah dengan pendapatan mereka, jangan pula merasa jeles ..eceh ..hehehe..

Rahsia iklan Nuffnang tak banyak, cuma tak ramai yang dok bercerita mengenai. Kalau ada, tak ramai pula yang ambil kesah. Jadi, buat pembaca blog ini, anda perlu ambil kesah kerana saya tahu ramai antara anda memasang iklan Nuffnang dalam blog.

Rahsia Iklan Nuffnang Patut Anda Tahu

Iklan Nuffnang Mesti Berada di Kedudukannya

Saya lihat ada di kalangan blogger Malaysia seolah tak ikut nasihat yang diberikan oleh pihak Nuffnang. Nuffnang dah beritahu awal-awal, dimanakah tempat paling mujarab perlu diletakkan iklan mereka, namun ramai blogger Malaysia main suka hati letak merata. Dah ada panduan, ikut sahaja ... itupun kalau mahu iklan anda menari-nari dalam blog dan berikan apa yang anda hajati. Tips ringkas - iklan tersebut mesti mudah untuk kelihatan.

Masa Iklan Nuffnang Keluar/Timbul

Ramai macam tak ambil port sangat, tapi percayalah, dengan adanya pengetahuan ini, anda boleh memaksimakan kemungkinan untuk menerima lebih ganjaran daripada Nuffnang. Apa yang perlu anda tahu ialah masa iklan Nuffnang keluar atau muncul adalah pada waktu malam (antara jam 8-10), selepas tengah malam, awal pagi dan di waktu puncak tengahari (12-2). Tatkala ini, apa yang perlu anda lakukan ialah buat entri dan dapatkan trafik sebanyak mungkin ke dalam blog.

Ambil Masa Perhatikan Ruang Iklan

Lihat ruang iklan Nuffnang. Jika iklan semacam je banyak keluar, samada di blog anda mahupun blog rakan blogger lain, maka cepat-cepat fikirkan sebuah entri untuk anda terbitkan. Tips ringkas - nampak iklan mengenai ubat ketiak, maka cuba cari idea mengenai ubat ketiak dan sebagainya. Ada bonus disebabkan tips ini.

Ketahui Siapa Yang Beriklan Dengan Nuffnang

Anda lihat iklan Nuffnang, iklan apakah yang keluar? Ambil kesempatan ini untuk memancing pengiklan daripada Nuffnang. Ini merupakan antara tips untuk anda mendapatan CPUV (BE) mahupun Advertorial. Anda buat entri yang ada kaitan dengan iklan yang sedang menari-nari di blog anda. Tak perlu buat secara direct, boleh je buat cerita santai, tapi punyai katakunci sesuai dengan iklan yang sedang dipaparkan oleh Nuffnang.

Ok. Itu sahaja yang dapat saya berikan mengenai rahsia iklan Nuffnang yang patut anda tahu. Rahsia ini mungkin akan terkait pada panduan pengiklanan yang lain yang mungkin boleh anda praktikkan.

Tips-tips ini merupakan antara banyak panduan yang telah saya peroleh daripada mereka yang telah berjaya mendapat income yang menarik daripada Nuffnang.

Tak cuba tak tahu... kan kan?

Maka, selamat mencuba.


87 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Hmm ... tu tips terbaikk tu .. antara cara nak dapat Advertorial dan juga CPUV

      Delete
  2. kalo letak nuffnang bwh header takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa ... asalkan tak jejas perwatakan blog anda. Nanti kalau header tak perasan .. orang tak tahu blog apa lak kan.

      Delete
  3. Terima kasih HS. Entry yang sangat bermanfaat. =)

    ReplyDelete
  4. Thanks atas info yang dikongsikan.. amat berguna.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... saya harap sudikan untuk kongsikan entri ini .. LIKE atau G+ sudah memadai.

      Delete
  5. Waauu..begitu rupanya.. Thanks HH..∩__∩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. gitulah rupanya Mieza, kalau dah tahu bolehlah praktikkan, mana tahu rezeki akan ada lebih lagi dari iklan Nuffnang ni. In SHa Allah.

      Delete
  6. terima kasih..entry yang sangat berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Diyana ... :) terima kasih kerana membaca

      Delete
  7. nice HH...mcm ni ek cara nya?nnti iman nk tny lgi boleh ke?andai x phm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tanya .. tak salah bertanya, yang salahnya ialah tidak bertanya .. :)

      Delete
    2. Haha.. Lawak laa.. Bro HH..

      Delete
  8. tak terfikir idea siapa yg beriklan tu.eheh thanks berkongsi

    ReplyDelete
  9. salam pg bro hh..terima kasih berkongsi tip2 mengenai nuffnang.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Terima kasih Norhasniza ... saya harap cik dapat gunakan di blog cik nanti.

      Delete
  11. terima kasih atas ingo yg sgt berguna ni.

    ReplyDelete
  12. terima kasih ats info/peringatan di ats .. sy prnh tfkir utk bt dmkian krn sy rsa itu mgkin blh pancing readers/viewers..hehehe tp sygnya sy ni blum ckup kreatis, kritis dn bijak utk bfkir scra pntas dn tuntas dmikian .. idea slalu stuck di tgah jln ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa, lebih baik mencuba dari tidak buat apa2 ... sekrngnya kita dah tahu teknik yang boleh berikan pendapatan yang bagus menerusi blog.

      Delete
  13. Ilmu yang menarik.. Terima kasih HH atas perkongsian ilmu ni.. =)

    ReplyDelete
  14. terima kasih...boleh praktikkan lepas ni..

    ReplyDelete
  15. income dari iklan tak pernah merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak bersabar Bro ... bukan mudah sbb blog ni ada beribu-ribu, kena ikut turn .. :)

      Delete
  16. sangat bermanfaat.. terima kasih tuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tak sia-sia rasanya bila ramai yang boleh ambil manfaat dari entri ini. Alhamdulillah.

      Delete
  17. Replies
    1. Terima kasih ... lagi best kalau ramai yang guna pakai.

      Delete
  18. dah lama buang iklan nuffnang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih lagi ada di blog-blog yang lain ..

      Delete
    2. Blog Bro HH yg lain ade berapa? Boleh nyatakan di sini tak? Sy nak berblogwalking blog bro yg lain tu.

      Delete
  19. Terbaik.. new knowledge.. thanx hh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kimi .. saya suka memberikan sesuatu yang orang lain mungkin tak tahu .. lagipun saya sendiri pun bukannya reti sangat ..

      Delete
  20. saya dah lama tinggalkan Nuffnang atas sebab tersendiri, bukan kerana Nuffnang tak bagus. Sebelum ni saya dah banyak bereksperimentasi dengan Nuffnang dari segi kedudukan iklan, trafik juga jumlah klik.

    Bagi blog personal Nuffnang memang menyerlah sebab blogger boleh tulis apa saja produk-produk yang mahu dipromosi oleh advertiser dalam sponsored post yang mana akan menambah pendapatan selain CPC.

    Tapi bagi blog dalam niche tertentu misalnya teknologi, dari pengalaman saya Nuffnang gagal menyerlah kerana Nuffnang kurang menumpu kepada topik teknologi sebaliknya lebih menumpu kepada lifestyle.

    Inilah sebab kenapa saya tidak gunakan Nuffnang. Ini perkongsian saya dari pengalaman yang saya lalui selama dua tahun berblog serta setelah menguji Nuffnang di blog saya yang dalam niche teknologi.

    Akhirnya saya beralih ke Adsense. Dari situ, iklan amat cemerlang sekali. Saya tak kata Nuffnang tak bagus. Nuffnang amat sesuai dengan blog personal, blog pelancongan atau blog lifestyle kerana majoriti advertiser yang beriklan dengan Nuffnang berada dalam kategori itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, banyak kebenaran di situ, saya snediri pun tak pasang Nuffnang pada blog yang ada niche ni...sbb rugi. Adsense adalah yang terbaik.

      Delete
  21. a great tips.. thanx for sharing HH =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, moga dapat berikan kebaikan pada yang lain ..

      Delete
  22. Lama dah tinggalkan nuffnang ni. ='(

    ReplyDelete
  23. CPUV saya mmg x gerak wpun dah ikut tips mr. nuffnang . Nak cuba praktis tips bro pulak ... thanks sharing ...

    ReplyDelete
  24. saya dah lama menunggu pendapatan daripada nuffnang ini..sampai sekarang belum ada hasil yang membanggakan

    terkini dari saya : Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia Bisnes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. saya tunggu lebih 3 tahun untuk cash-out Nuffnang .. sebnayak RM50 :)

      Delete
    2. Assalamualaikum.. wah HH pun tunggu 3 tahun untuk keluarkan RM50.. Apatah lagi saya.. hehe.. xpe, banyak yang perlu saya pelajari lagi..

      Delete
  25. thanks for the info..masih banyak yg perlu i belajar..

    ReplyDelete
  26. saya baru tahu pasal timing post entri yang boleh bantu sy dptkan bnyk trafik dan related dgn ikln nuff ni.sblum ni post entri ikut suka hati je...terima kasih banyak sdr HH:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Kita berkongsi ilmu yang boleh berikan manfaat buat blogger Malaysia. In Sha Allah, semua blogger terutama blogger blogspot akan lebih berjaya.

      Delete
  27. Ada blogger yang tau..tapi tak mau kongsi sama2 takut pendapatan dorang terjejas..kot huhu..tqvm HH...

    ReplyDelete
  28. Good tips! ;) Kekadang rasa nak give up dgn Nuffnang ni huhu. Sabooo je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mudah putus asa, masih banyak lagi peluang yang ada. Walaupun pada pandangan mata kasar nampak cam sukar tapi dengan usaha, in Sha Allah boleh berjaya.

      Delete
  29. terima kasih di atas informasi ini terutamanya mengenai waktu yang sesuai untuk publish entri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya Mizz Aiza akan dapat manfaat daripada perkongsian ini. In Sha Allah, akan berjaya nanti.

      Delete
  30. saya x pernah buat entry pasal iklan..
    sebab tu kot nuffnang merajuk x kasi CPUv..
    next time kene rajin ler..
    thanx HH :)

    ReplyDelete
  31. Terima Kasih atas perkongsian untuk blogger baru macam saya nie.. Susah betul nak dapat pengunjung untuk blog yang baru bertapak macam saya nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kerana kesudian Fara untuk sama-sama memeriahkan blog ini.

      Delete
  32. sedikit tip dari ciklaili.com :

    kalau ada CPUV yang 'on going', anda perlu tingkatkan trafik blog supaya earning akan lebih meningkat setiap hari. bayangkan kalau ada 5 CPUV dengan earning mencecah nilai 3 angka, cubalah kira berapa earning yang bakal anda dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ramai yang akan praktikkan tips yang cik Laili berikan.

      Delete
  33. Terima kasih untuk tip ni.. akan cuba praktikkan..^___^

    ReplyDelete
  34. Sebelum komen apa-apa, sempena hari raya ni saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya selama ini ada tertulis kata-kata atau komen-komen yang menyinggung En Hasrul secara tak sengaja. Terima kasih atas info tentang iklan nuffnang ini. Akan cuba praktik kan.

    ReplyDelete
  35. Salam,Selamat hari raya......tips baik punya bro!,thanks lebih kurang dengan kaedah google adsense kan bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua pengiklanan media maya lebih kurang je.

      Delete
  36. Replies
    1. Terima kasih. Jangan lupa untuk cuba tips yang diberikan.

      Delete
  37. nuffnang saya tak begerak skit pun, kenapa yeh?

    ReplyDelete
  38. ooo..cengitu rupanya...baru ahkak tau..tq ya HH

    ReplyDelete
  39. Sy tak pernah lagi buat entri iklan yg ada dr Nuffnang. Tapi selalu juga buat cerita pasal Nuffnang. Kelmarin baru dapat beberapa puluh RM huhuhu... Tapi tak mo cashout lagi. Nak cuba pula buat entri tentang Nuffnang nanti. terima kasih berkongsi tips

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. terima kasih atas pengalaman anda

    www.uncledoy.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. Kena praktikan ni. Nuffnang banyak bagi iklan sekarang tapi tak semua boleh dapat.

    ReplyDelete
  43. dlm byk2 tips ni, satu je yg lia thu, yg kedudukan iklan. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  44. woww.. thanks for the info.. nanti nak cuba

    ReplyDelete
  45. godek balik tips iklan HH ni.. he he

    ReplyDelete
  46. Salam... good sharing

    Nnti nk cubalah. Mana tau ada rezeki.. tq for the info.

    ReplyDelete
  47. terima kasih kerana sudi berkongsi tips, insyaallah akan saya praktikkan. Salam perkenalan drp saya.

    ReplyDelete
  48. TQ share info...nak try pulak la pasni..ilmu ni HH..

    ReplyDelete
  49. Tips yang sangat berguna. Terima kasig

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, semoga ia bermanfaat untuk lebih ramai blogger yang pasang iklan Nuffnang ni ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement